Saturday, October 30, 2010

Contoh Terdekat

Kenapa orang akan beri contoh kendiri atau lihat pada diri sendiri, kononnya contoh terdekat?

Ada satu hari tu aku tanya seorang pensyarah, ok tak dengan pilihan kos untuk ijazah sarjana muda aku bagi semester hadapan?

Tiba-tiba, jawapan yang keluar ialah 'kalau kamu berminat nak jadi pensyarah, time diploma dan degree kena 3.00 ke atas'.

Aku jawab mudah 'owh'.

Aku tak tanya pasal syarat2 kerjaya seorang pensyarah. Aku hanya nak beliau matchkan diri aku dari apa yang beliau lihat dengan pilihan aku. That's all.

Kalau beliau tahu aku tidak pernah mengagumi seseorang tanpa sebarang sebab kukuh, pasti dia kecewa. Dan sekali lagi, aku tiada sebab kukuh untuk mengagumimu. Maaf.