Saturday, October 16, 2010

Cuti Dua Hari

Realiti kerjaya amat memenatkan. Tapi, apa boleh buat. Itu yang memberi sumber pada kau untuk meneruskan hidup pada materialnya.

Sebelum aku praktikal, ada jugak aku buat survey tentang praktikal dengan membaca kisah2 hidup manusia berpraktikal. Aku pelik, kenapa mereka menyebut 'kerja' bukan 'praktikal'. Contoh ayat seperti,

'esok kerja'
'malas pergi kerja esok'
'hari ni last aku kerja kat company ni'

kenapa tidak,

'esok praktikal'
'malas nak pergi praktikal esok'
'hari ni last aku praktikal kat company ni'.

Dan apabila aku menjalani praktikal, aku juga menggunakan istilah 'kerja'. Hal ini adalah kerana terbiasa dengan persekitaran. Inilah yang cuba diterapkan dalam agenda utama Latihan Industri. Menyiapkan para pelajar bersedia di alam kerjaya. Oh, skem.

Aku bekerja enam hari seminggu. Cuti hanya 24 jam. Minggu ini 48 jam. Kau tahu betapa 48 jam itu sangat beharga buat aku?

So heaven ^_^