Friday, October 15, 2010

Private

Aku tak tahu nak terangkan bagaimana lagi bila orang rapat sendiri tak memahami.

Kau tahu apa itu personal? atau private?

Aku tak tahu engkau. Tapi jika kau seperti aku pasti kau memahami.

Begini, cerita bermula ketika kau kecil. Fitrahnya, kau dilahirkan suci. Membesar dengan sifat baka dan persekitaran. Mulanya, kau rasa semua perkara kau boleh kongsi. Tak kisah, perkara sekecil mana pun kau akan kongsi kerana kau percaya orang terdekat kau sentiasa ada untuk mendengar dan menyokong.

Lama kelamaan, semakin kau membesar kau mula merasakan dalam sesuatu keadaan hanya perlu kau di dalamnya. Dalam keadaan tertentu pula, kau sendiri tahu kau dan orang lain perlu ada di dalamnya. Keadaan bergantung pada selama mana kau selesa. Dan tanpa paksaan atau dikawal oleh sesiapa, kau mampu membahagikan keadaan dan watak di dalamnya.

Sampai di peringkat ini.

Segala2nya serius. Ini adalah soal undang2, peraturan, polisi yang telah engkau tetapkan. Tidak boleh dirayu atau diringankan hukuman jika ia melibatkan orang terdekat, atau paling dekat. Jangan sesekali rempuh akta.

Begitu juga halnya dalam kehidupan, hari2 yang kau lalui. Selama mana undang2 dalam diri kau tidak dipinda, selama itu ianya teguh.

Aku lawan mak. Aku minta untuk ketepikan soal siapa dia kerana telah aku cakap awal tadi, dia juga manusia. Mungkin hayatnya menjaga pertalian kerana tiada lain selain itu. Jadi, aku katakan jika ada lain selain itu, maka perbuatan sekaligus bertentangan. Tidak lagi sama seperti awalnya. Satu dibalas dua. Dua dibalas satu. Padanan.

Oh, aku tak mungkin hidup lama dalam kalangan manusia begini. Aku tidak berubah cuma aku akan sedaya keluar dalam kalangan itu kerana aku, jiwa, serta akal terlalu kuat. Maafkan aku.

Sebenarnya, zarah itu pun peribadi aku. Aku tak mahu siapa tahu termasuk kau, jiwa asing bagi aku.