Thursday, October 28, 2010

Empat Hari Sebelum Presentation

Actually kan, start dari 3pm semalam aku dah boleh focus buat report. Tapi, aku tak buat. Lepas tu, berazam pada sebelah malamnya nak buat. Tapi tak buat jugak. Lepas tu, berazam lagi nak bangun 3am buat report supaya sebelum pukul 11am keesokkanya aku boleh jumpa mdm degan report yang complete. Tapi tak buat jugak. Bangun pukul 9am lebih tadi baru aku bertungkus lumus siapkan. Aku ingat memang akan siap petang. Dengan bersungguh2 aku buat, aku berjaya siapkan 5 minit sebelum pukul 11am.

Agaknya, aku perlu keadaan tertekan atau terhimpit.

Mak selalu cakap, dari kecik aku selalu dapat apa yang aku nak. Ini bukan bermaksud bapak aku boleh sediakan apa saja aku nak. Aku dapat dengan usaha keras, strategi, dan komitmen aku sendiri selain dari keizinan dari Allah.

Aku guna satu cara dari dua. Pertama, HARD. Aku percaya pada usaha keras. Tak kisah lah ianya menuntut aku dalam keadaan apa pun kerana ada janji Allah di dalamnya bagi setiap usaha. Kedua, SMART. Aku percaya pada strategi yang berkesan. Di sini, kekuatan akal melebihi segala. Kau jangan tak tahu bahawa beza manusia antara lainnya adalah akal. Apabila kau gunakan semaksima mungkin, tiada yang mustahil. Kedua-dua cara ini perlukan KOMITMEN. Dalam komitmen terkandung motivasi, kekuatan emosi, dan kesanggupan.

Dapat disimpulkan, ianya begitu mudah apabila aku tahu apa yang aku nak.

Aku pun tak faham kenapa aku gagal mengenalpasti apa yang aku nak lebih awal. Jika tidak, aku tidak kisah untuk habiskan masa, tak tidur, tak makan, and etc hanya untuk apa yang aku nak.

Kau rasa, aku suka ke siapkan benda yang aku tak nak berjam-jam depan laptop? Oh no.