Thursday, November 11, 2010

Ditinggalkan dan Meninggalkan

Kalau di bangku sekolah dulu, aku melihat orang yang meninggalkan sebagai seorang perkasa. Dia punya segala sehingga boleh menyingkir pada bila-bila. Dan sungguh kasihan pada yang ditinggalkan kerana bodoh percaya janji yang diberi.

Kini, aku melihat yang ditinggalkan sebagai seorang yang gagah dan yang meninggalkan adalah seperti bacul atau loser.
read more

Apa Yang Membezakan Manusia?

Masuk alam persekolahan, yang membezakan anak kau dan anak aku, nombor kedudukan dalam kelas. Nombor pertama adalah bijak. Nombor terakhir adalah bodoh. Di alam kolej atau universiti, cgpa membezakan siswazah. 4.00 adalah cemerlang, 2.00 ke bawah adalah gagal. Di alam pekerjaan, angka gaji membezakan taraf hidup. Manusia kaya dipandang mulia dan berilmu, begitu sebaliknya.

Bagaimana dengan ketetapan rezeki, jodoh, pekerjaan, dan hidup?

Bagaimana pula dengan sebaik2 manusia yang raih segala di dunia tetapi mengakui bukan miliknya?

Ayah sering berkata;

apabila semua makhluk dibangun dan dihimpunkan kelak, yang membezakan mereka adalah taqwa.

Dan aku bagaimana; sedikit atau tiada langsung?
read more

Temporary Disconnect

Modem rosak. Tapi bil tetap jalan. Selalunya temporary disconnect boleh dibuat hanya dengan mendail 1111. Kebelakangan ini, pengguna harus membuat sendiri di main center. Mungkin disebabkan ramai pengguna yang mahu membuat temporary disconnect tanpa sebab.

Selepas membuat temporary disconnect, mungkin agak payah untuk aku berada dalam talian dengan kerap. Yang pastinya, untuk claim modem yang baru memakan masa yang agak lama.

Maaf membuatkan kau rindu.
read more

Free Call

Sempena hari jadi yang lalu, aku diberikan panggilan percuma selama 24 jam bagi Maxis dan 7 hari bagi Celcom. Aku beri 012 kepada anggota keluarga yang mahu menghubungi sesiapa dan aku gunakan 017. Aku hubungi Izad, Iqbal, Farah, Hanisah, Nasrul. Tak ramai, tetapi mengambil masa yang lama untuk satu perbualan. Manakala 019 aku hanya boleh menghubungi 8 teman yang aku setkan dan mereka haruslah terdiri dari University of Pax (UOX). Sungguh bertuah bagi sesiapa yang mempunyai kekasih. Siapa mahu panggilan percuma boleh meminjam sim dari aku.

Dalam sedikit masa lagi, aku akan convert 017 ke celcom dengan plan 15Pax iaitu boleh mengaktifkan 15 teman dari semua rangkaian; celcom, maxis, mahupun digi. Dengan itu, setiap kali ulangtahun aku akan ada 012, 017(15Pax), dan 019(UOX).

Berbaloi-baloi!
read more

10 Days

Seingat aku, kali terakhir aku menulis di sini adalah pada hari presentation. Aku bangun awal pada paginya, 3am. Dan kerja siap pada 7am. Selepas itu, aku sempat update di sini dengan mengharap agar presentation berjalan dengan lancar.

Aku adalah presenter pertama di Makmal Komputer (MK11). Setiap makmal mengandungi 4 orang presenter dan 3 orang pensyarah penilai. Aku diletakkan pada minit 0900 sehingga 0930. Seperti biasa, pelajar atau presenter akan menghadirkan diri tepat jam 0900 atau 10 minit sebelumnya manakala pensyarah penilai akan datang selepas 30 minit waktu sepatutnya. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku pada seseorang tenaga pengajar. 'Kepimpinan Melalui Teladan'. Jadi, presentation bermula pada 0930 dan aku berjaya menghabiskan pada 1000. 3 rakan lagi yang aku tak kenali, masing2 dari kampus Arau, Perlis. Pada 1010 aku terus keluar dari makmal dan pergi makan bersama abangku yang menunggu sejak 0845 lagi.

10 hari berlalu di November, banyak yang berlaku.

011110 : Pada sebelah petangnya, aku menuju ke rumah Izzati satu jam awal sebelum test 3 bermula. Sampai aku di sana, aku tidak mengulangkaji seperti yang dirancang, aku hanya tidur. Mungkin terlalu letih berjaga dari 3 pagi. Pada 2:30 petang, aku dan Izzati mula menjawab kertas soalan. 4:00pm, selesai menjawab. Sebelum balik rumah aku ke RS sekejap untuk menghantar practical report. Sampai rumah pun dah nak dekat maghrib, kemudian malamnya aku rasa tersangat la letih. Tak mampu study untuk calculus final exam esoknya. Fine, aku nekad untuk bangun 3am.

021110 : 3am, aku dah bangun. Tapi disebabkan niat tak bersungguh sebelum tidur semalam, aku bangun sekejap kemudian tidur balik. Hahaha, memang tak peduli langsung dengan final. 6am, aku bangun sekali lagi. Tapi, still tak ada perasaan takut akan final. Jadi, aku tidur balik. 8am, aku bangun. 'woi, aku ada paper la hari ni! bersungguh la sikit amalina!'. Kemudian, aku terus bukak buku. Buat ulangkaji dengan pantas. Sambil2 tu, nak online kejap tapi dengan tidak semena-mena, modem rosak. Ini adalah sebahagian dari pengajaran. Selepas ini, tiada siapa lagi boleh meminjamnya. Ekoran dari kerosakan modem, sampai hari ini aku tidak berada di alam maya. Kerugian dapat aku rasai lebih2 lagi sudah 10 hari aku tidak menceritakan apa2 di sini, juga kiriman ucapan hari jadi oleh rakan2 yang tidak dapat aku balasi dengan 'terima kasih'.Tepat 11am, aku dah siap ulangkaji kecuali topik terakhir. Topik akhir tu, aku nak ulangkaji kat rumah Izzati je. Kemudian, pergi mandi, makan, mintak restu mak ayah, dan bertolak ke rumah Izzati. Ada lagi sejam sebelum exam start. Masuk2 rumah Izzati, terus bukak chapter akhir. Buat ulangkaji pantas. 1345, aku dan Izzati bertolak ke dewan peperiksaan. 1415-1715. Selepas itu, aku ke bilik mdm zanariah untuk ambil report untuk di edit semula. Take it easy, man. Jangan jadikan satu beban kepada anda. Selepas tu, aku ke RS untuk beli nombor baru untuk mak dan hantar modem yang rosak. Cantik nombor mak yang baru. Aku pinjam pc ofis jap, dan update status 'hooray!' kat facebook tanpa siapa tahu maksud disebaliknya bahawa aku lega kerana telah melalui dua tarikh penting walaupun keputusannya masih belum diketahui. Girlfriend tidur kat rumah malam ni, aku balik sama2 dengannya.

031110 : 11am, pergi pekan rabu dengan girlfriend. 2pm, pergi jumpa boss, tinggal girlfriend kat rumah kejap. Petangnya, pergi pantai sama2.

041110 : Hari ni bacaan yassin kat rumah Cik Aton. Mak pergi dengan Kak Siah. Tengaharinya, aku pergi beli bateri and charger hp untuk mak, dan nombor baru untuk mak yah. Yah sekeluarga bertolak lepas zohor ke KL. Bosan ya amat kat rumah sebab tak boleh nak online. 1159pm, Mira wish birthday. 2nd, rubinna. 3rd, achik. 4th, khairul. Empat orang je melalui pesanan ringkas. Yang lainnya, di facebook.

051110 : My birthday. Petang tu pergi celebrate kat kfc bersama achik, na, adib, and syamil. Malam sambut kat rumah dengan keluarga sekalian. Oh ya, hari ni dapat gaji dan juga hari deepavali. haha

061110 : Mak bertolak ke KL. Sayu je hari ni.

071110 : 830pm, mak ke Kelana Jaya.

081110 : 1am, mak bertolak dari KLIA. Lepas zohor, kenduri arwah nenek Rahimi. Pergi jap.

091110 : Hantar report atas meja mdm zanariah. Terlupa nak burn cd.

101110 : Na dapat gaji.

Dah jadi macam diari kan. Sampai di sini sahaja buat masa ini. Bye.
read more

Monday, November 1, 2010

The Day of Presentation

Semalam kan, report siap dalam pukul 6pm. Tapi time tu bob dah tutup kedai. Bob bukak pulak pukul 9pm. Sementara nak pukul 9pm, aku edit sikit2 report. Then pergi print satu copy. Fotostet 3 copy. Total 4. Satu untuk pensyarah penyelia, satu untuk company, 2 untuk 2 orang penilai. Balik dari kedai bob, memang sakit kepala giler. Mata merah, dan dah tak larat sangat2. Lepas tu tido jap.

Pagi tadi bangun pukul 4am. Buat slideshow + edit system. Segalanya ok sampai minit sekrang. Cuma ada coding yang kuar kat page, tapi system function dengan baik. Tak pelah, yang tu je. Lecturer pun jangan la anggap semua perfect.

Harapan saya, dapat present dengan baik.
read more