Thursday, November 11, 2010

Apa Yang Membezakan Manusia?

Masuk alam persekolahan, yang membezakan anak kau dan anak aku, nombor kedudukan dalam kelas. Nombor pertama adalah bijak. Nombor terakhir adalah bodoh. Di alam kolej atau universiti, cgpa membezakan siswazah. 4.00 adalah cemerlang, 2.00 ke bawah adalah gagal. Di alam pekerjaan, angka gaji membezakan taraf hidup. Manusia kaya dipandang mulia dan berilmu, begitu sebaliknya.

Bagaimana dengan ketetapan rezeki, jodoh, pekerjaan, dan hidup?

Bagaimana pula dengan sebaik2 manusia yang raih segala di dunia tetapi mengakui bukan miliknya?

Ayah sering berkata;

apabila semua makhluk dibangun dan dihimpunkan kelak, yang membezakan mereka adalah taqwa.

Dan aku bagaimana; sedikit atau tiada langsung?