Monday, November 1, 2010

The Day of Presentation

Semalam kan, report siap dalam pukul 6pm. Tapi time tu bob dah tutup kedai. Bob bukak pulak pukul 9pm. Sementara nak pukul 9pm, aku edit sikit2 report. Then pergi print satu copy. Fotostet 3 copy. Total 4. Satu untuk pensyarah penyelia, satu untuk company, 2 untuk 2 orang penilai. Balik dari kedai bob, memang sakit kepala giler. Mata merah, dan dah tak larat sangat2. Lepas tu tido jap.

Pagi tadi bangun pukul 4am. Buat slideshow + edit system. Segalanya ok sampai minit sekrang. Cuma ada coding yang kuar kat page, tapi system function dengan baik. Tak pelah, yang tu je. Lecturer pun jangan la anggap semua perfect.

Harapan saya, dapat present dengan baik.