Monday, January 31, 2011

Roda

kamu mahupun aku, jangan sesekali menghina atau memandang rendah kepada orang yang tidak miliki apa yang kau miliki, 

kerana;

sehina-hina manusia akan diangkat menjadi semulia-mulia insan, dengan izin-Nya.
read more

Lelaki itu tahunya makan. Bila tak ada makanan marah-marah. Ape ni?

Bila ibubapa keluar dan kau satu-satunya anak perempuan dalam rumah yang dipenuhi adik-beradik lelaki; nak tak nak kena masak kat depa.

Fine.

Di hari lain, ibubapa tiada di rumah lagi. Kali ini, kau mengurung dalam bilik; malas buat semua. Kau ada sebab untuk itu. Kemudian, abang sulung mula persoal. Dah nak masuk zohor, mana lunch? Kau jawab, kat kedai. Everything settle.

Bagaimana pula kalau kau gagahkan diri. Sakit hanya Tuhan tahu. Semuanya sebab kau tiada alasan untuk duduk dalam bilik dan segan menyatakan,

'hoi, pegi makan kedai. aku takda mood nak masak, period!
read more

Apa yang kita ada?

Aku tak ingat movie, cerita, komik, atau mana2 bahan yang aku tonton atau baca. Selalunya macam tu lah, susah nak ingat title tapi aku akan ingat baris2 kata part yang best-best. Nak kongsi part ni sikit;

a: katekanlah saya kawin dengan orang yang saya tak cinta dan awak tahu yang saya masih cintakan awak, ape awak buat?
b: saya halang la.
a: sebab? 
b: sebab apa yang pernah kita ada dulu.

penonton @ reader a.k.a amalyyna: wow, sweet!

apa yang pernah kita ada dulu?

sepanjang hidup, saya seorang kekasih yang baik. saya tahu itu. dalam perhubungan, saya akan berikan yang terbaik sehingga saya dilepaskan bukan saya melepaskan. saya akan tunggu sehingga saya sendiri rasa dalam hati awak sudah tak punya bahagian apa2 lagi untuk saya.

dan selepas bertahun awak pergi, awak kembali. atas sebab apa awak kembali?
saya tunggu jawapan;

sebab apa yang pernah kita ada dulu.
read more

Fakta ke berapa?

Lama tak cakap perihal diri.

Malam ni terjumpa satu; iaitu fokus. Daya ini Tuhan berikan tinggi dalam diri aku. Dengan fokus, aku dapat aim apa yang aku nak. Dengan fokus jugak aku selalu penuhi tuntutan hidup dan citarasa aku mahupun orang lain. Orang akan takut kalau aku menjadi terlalu fokus, sebab aku bertukar menjadi rebel; persetankan semua demi capai matlamat. Pun begitu, secebis iman selalu ingatkan aku cara benar atau batil.

Malam ni, aku tahu aku boleh buat, aku boleh capai apa aku nak.

Tapi ha, 

MALAS. 
read more

Sunday, January 30, 2011

mms

Aku mahu tapi aku takut. Sebab ianya melibatkan kebarangkalian kekecewaan; tinggi atau rendah? Aku memilih tinggi kerana kalau ianya bertentangan, aku mampu tersenyum. Dan sekiranya aku memilih rendah, jika berlaku sebaliknya aku kecewa. Biarlah masa yang putuskan. Aku tidak perlu bergesa, kerana sabar itu masih ada. 

;)
read more

Wednesday, January 26, 2011

260111

'everyone have a problem with stage. dont worry. you can do it. its not about performance but more a communication'.
read more

120111

1. Map and directions.
2. Escape kidnapping.
3. Dress identity.
read more

260111

Kaum dan etnik bukan perkara baru. Ianya telah lama disebut di dalam al-Quran;
'dijadikan kamu berpuak-puak untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra'.
read more

190111

'jika datang kepada kamu satu berita, siasatlah terlebih dahulu samada betul atau tidak'.

'don't jump to conclusion quickly'.
read more

The Most Common Idea Stoppers

'can’t'. (said with a shake of the head and an air of finality)

'that’s the dumbest thing i have ever heard'.

'yeah, but if you did that….' (poses an extreme or unlikely disaster case)

'we have already tried that – years ago'.

'we have done that all right so far; why do we need that?'

'i don’t see anything wrong with the way we are doing it now'.

'that doesn’t sound too practical'.

'we have never done anything like that before'.

'let’s get back to reality'.

'we have got deadlines to meet; we don’t have time to consider that'.

'it’s not in the budget'.

'are you kidding?'.

'let’s not go off on a tangent'.

'where do you get these weird ideas?'.
read more

030111

xml vs database.

xml.
1. no need to quiry
2. boleh terus retrieve dari file
3. faster transaction

asynchronize: update secara berkelompok. time server tak busy.
synchronize: update secara terus. contoh, komen kat facebook.

kalau client, guna javascript.
kalau server, guna asp, php.
read more

050111

'genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration'. -Thomas Edison

'to change one's life; start immediately. do it flamboyantly. no exceptions'. -William James

'knowledge speaks, but wisdom listens'. -Jimi Hendrix
read more

050111

non-muslim: amal.
muslim: amal dan iman. should be more succeed.

Hak kepada jiran;
jiran bukan islam, berikan 1 hak kepadanya.
jiran islam, berikan 2 hak kepadanya.
jiran + saudara, berikan 3 hak kepadanya.
read more

220111

Slot Pertama

Pembangunan Ummah.

Ianya bermula dengan pembangunan minda, spiritual, dan fizikal yang serentak. Perjanjian manusia dengan Tuhannya telah berlaku di alam roh ketika kita berumur 40 hari di dalam rahim. 
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman); 'bukankah aku ini Tuhanmu?'. Mereka menjawab, 'betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi'. - (Al A'raf: 172)
Salah satu kelebihan solat ialah, mendisiplinkan kita dengan waktu. 
 'beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir dan rugilah bagi mereka yang leka dan lalai'. -Hadis
Tiga aspek utama dalam pembangunan ummah; 

1. Akidah. Untuk membangunkan akidah yang kukuh, jiwa hendaklah sentiasa yakin dengan Allah. Diikuti oleh pembinaan pemikiran dengan mewujudkan budaya ilmu sepertimana di zaman Rasulullah. Terdapat banyak halangan untuk wujudkan budaya ilmu seperti pengaruh rakan, pergaulan, dan lain-lain. Akidah membentuk tingkahlaku. Tingkahlaku menggerakkan diri untuk membezakan antara halal dan haram.

2. Syari'ah. Syari'ah merujuk kepada panduan atau aturan. Aturan dan panduan hidup yang diciptakan Allah adalah satu sistem yang sempurna.
'orang yang mengetahui ajaran, tetapi tidak mengamalkannya adalah orang pertama yang akan diazab'.
 3. Akhlak. Sesuatu yang dilakukan dengan hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari keyakinan kepada Allah (akidah) dan amalan aturan hidup yang berterusan yakni syari'ah yang disarankan oleh Islam.

Fakta tambahan: 
1. statistik pada tahun 2007-2008 menunjukkan lebih daripada 257 bayi tidak dapat ber'bin'kan nama bapa.
2. jika seorang suami berhutang mas kahwin ketika akad nikah, isteri ada hak untuk tidak membenarkan dirinya disentuh. Mulianya wanita di sisi Islam!

*really impressive

Slot Kedua 

Pembelajaran Kendiri.

Musuh utama, MALAS.
'jadikan bidang yang diceburi sebagai batu loncatan, bukan sebagai penentu masa depan'.
*bosan. penceramah ni takde skill untuk menarik minat aku.

Slot Ketiga 

*silibus perlu dikaji semula. rasa macam budak darjah tiga punya slot.

Slot Keempat

*blah.
read more

Monday, January 24, 2011

Hi Teman Baru!

Aku cuba cari sesuatu di sini; jauh dari yang mengenali. Jika kau temui aku di sini, anggap ianya kebetulan hubungan yang Tuhan masih mahu panjangkan. 

240111@amalyyna2/02.
read more

Plagiarism

Ringkasan daripada kerja aku yang melambak di minggu akhir sebelum mid term break ialah;

1. menghuraikan 'objective of the proposed information system'.

2. meringkaskan 'functionality of portal'.

Hurai dan ringkas. Menggoreng dan mengubahsuai supaya menjadi ayat ringkas.
read more

Cinta Dalam Hati

read more

Saturday, January 22, 2011

pesan Sayyidatina Aisyah,

'sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang'.
read more

'grow old with me'.

orang berkawan kerana selesa. dan bila keselesaan tu dah tak de lagi, mungkin orang nak jauhkan diri dari kita. kita tak sedar, dan kita anggap orang sisihkan kita. jangan bagi perkara remeh macam ni ganggu hidup kita. biarkan orang tu pergi kepada 'keselesaan' baru dia. dan kita cari 'keselesaan' baru kita. dan kita akan dapati, keselesaan baru itu akan lebih baik dari sebelumnya. just follow the flow and savor every moment in ur life and inshaAllah, kita akan jumpa orang yang betul2 selesa dan menerima apa saja keadaan kita dengan ikhlas.

Tuhan, temukan aku dengan keselesaan baru itu secepat mungkin please.
read more

Friday, January 21, 2011

Tanggungan

kehidupan tidak adil padanya. tetapi Tuhan selalu adil pada makhluknya. diciptakan mereka berbeza supaya mereka saling melengkapi, saling memahami, dan timbul kasih sayang antara mereka.

sekarang manusia hilang kasih, hilang sayang.

'patahkan tiang jika kau mahu robohkan rumah'.
read more

Kebencian

kata ayah,

kalau ada kebencian terhadap seseorang, ia bagaikan titik hitam dalam hati kita. semakin membenci, semakin hitam. lama-kelamaan, hati membusuk lalu tidak dipeduli.

maafkan mereka; sesiapa sahaja yang bersalah pada kita.
read more

You Are Mine.

Hi. Nama aku cinta. Ramai yang tergila-gilakan aku. Malah, ramai juga yang menghambat aku pergi. Aku tidak kisah akan semua itu. Sebab aku tahu fitrah kejadian aku; untuk manusia bahagia. Pada aku, selagi mereka berpegang teguh pada agama dan tahu batas-batasnya, aku tak akan pergi. Aku akan setia dengan mereka. Aku akan menghalau setiap iblis yang menggoda.
read more

Art Fry of 3M

'you may have to kiss a lot of frogs before you can find a prince, but remember one prince can pay for a lot of frogs'.
read more

'i love what i do' -Steven Jobs

Pernah tak kamu rasa, tiba satu masa hati kamu dah temui apa yang kamu nak. Biar apa yang menghalang, kamu sedar semua itu tak beri kesan kamu; hati kamu lebih kukuh. Meskipun tiada orang yang akan tukarkan nilai dengan apa yang kamu buat; kamu masih melakukankanya.

Kamu benar-benar ikhlas.
read more

Kesilapan

manusia penuh dosa. tanpa kita sedar kita telah menyakitkan orang lain samada dari perbuatan mahupun perkataan. kita tidak sempurna. kita gagal mengawal emosi.

'setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan biarpun kebaikan itu sebesar biji sawi'.

perjalanan hidup kita sendiri sebenarnya telah dihukum oleh Tuhan. lalu, berilah peringatan itu kepada yang mahu berfikir dan mengakui kuasa Tuhannya. mereka akan tunduk dan berkata tiada upaya aku melainkan pertolongan dari Allah.

aku bersalah. melonjak perasaan mahu diampun. sekiranya aku pengampun,

aku terima kau seadanya. aku tahu manusia tak dapat lari dari kesilapan. walau sembilan kejahatan kau lakukan, di hati aku masih ada satu kebaikan yang pernah kau lakukan pada aku; membuatkan aku takkan persia kau wahai insan. dan aku belajar tentang suatu ganjaran apabila pengsengkatan dipadamkan dengan kemaafan.

hilangkanlah benci di hati kau dan juga aku.
read more

Tuesday, January 11, 2011

'you know, you don't talk very much. i like you' -Ellie

Pagi yang hening,

Kelas dihidangkan oleh satu statistik peperiksaan lepas. dan menurut tenaga pengajar, capaian 'A' adalah oleh pelajar yang 'banyak mulut'; rajin bertanya, rajin bersapa, atau dalam erti kata lain paling menonjol dalam kelas.

*tidakkah mereka mengetahui bahawa diam itu pintar sebenarnya?
read more

'they may see as disconnected, but no one knows an obstacle' -lynnda

sihat?
alhamdullilah.
masak apa hari ni?
tomyam. belajar ok?
ok.


*antara suara dan tulisan, aku pilih tulisan.
read more

Flexible

ada orang,
mahu kekal cara.

ada orang,
mahu rasa semua.

tiada orang,
mahu terseksa.

'sometimes it takes a god fall to really know where you stand'. -Hayley Williams
read more

Saturday, January 8, 2011

..

Jumlah yang sedikit.

Tapi banyak yang aku dapat. Tambahan, aku ingat satu-satu. 

Ouch, kau hebat!
read more

'i wanna go back to the way it was' -amalyyna

Cerita lepas sesak untuk aku. Aku selindung kerana ada garisan emosi dan ianya terlalu mudah. Perit. Aku tak suka itu.

Dan bilamana aku terlalu bergelumang dengan itu, aku jadi mual. Tak mahu siapa2. Aku sembunyi lagi. Aku perjadahkan dengan material.

***

Semua itu dah berakhir. Aku boleh keluar sekarang. Cari kembali apa yang aku tinggalkan. Dan kau, aku hanya mahu apabila masak.
read more

Friday, January 7, 2011

Tengkujuh Di Sini. -mak, nak balik.

Ini pertama di 2011. Jumaat yang pertama.

'kalau mahu terbang, tiada siapa boleh menghalang' -previous penghuni bilik ini.

Juga pertama kali masuk bilik ni, ada lukisan pocong. cis!
read more