Wednesday, January 26, 2011

220111

Slot Pertama

Pembangunan Ummah.

Ianya bermula dengan pembangunan minda, spiritual, dan fizikal yang serentak. Perjanjian manusia dengan Tuhannya telah berlaku di alam roh ketika kita berumur 40 hari di dalam rahim. 
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman); 'bukankah aku ini Tuhanmu?'. Mereka menjawab, 'betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi'. - (Al A'raf: 172)
Salah satu kelebihan solat ialah, mendisiplinkan kita dengan waktu. 
 'beruntunglah bagi mereka yang mahu berfikir dan rugilah bagi mereka yang leka dan lalai'. -Hadis
Tiga aspek utama dalam pembangunan ummah; 

1. Akidah. Untuk membangunkan akidah yang kukuh, jiwa hendaklah sentiasa yakin dengan Allah. Diikuti oleh pembinaan pemikiran dengan mewujudkan budaya ilmu sepertimana di zaman Rasulullah. Terdapat banyak halangan untuk wujudkan budaya ilmu seperti pengaruh rakan, pergaulan, dan lain-lain. Akidah membentuk tingkahlaku. Tingkahlaku menggerakkan diri untuk membezakan antara halal dan haram.

2. Syari'ah. Syari'ah merujuk kepada panduan atau aturan. Aturan dan panduan hidup yang diciptakan Allah adalah satu sistem yang sempurna.
'orang yang mengetahui ajaran, tetapi tidak mengamalkannya adalah orang pertama yang akan diazab'.
 3. Akhlak. Sesuatu yang dilakukan dengan hati yang bersih. Hati yang bersih datangnya dari keyakinan kepada Allah (akidah) dan amalan aturan hidup yang berterusan yakni syari'ah yang disarankan oleh Islam.

Fakta tambahan: 
1. statistik pada tahun 2007-2008 menunjukkan lebih daripada 257 bayi tidak dapat ber'bin'kan nama bapa.
2. jika seorang suami berhutang mas kahwin ketika akad nikah, isteri ada hak untuk tidak membenarkan dirinya disentuh. Mulianya wanita di sisi Islam!

*really impressive

Slot Kedua 

Pembelajaran Kendiri.

Musuh utama, MALAS.
'jadikan bidang yang diceburi sebagai batu loncatan, bukan sebagai penentu masa depan'.
*bosan. penceramah ni takde skill untuk menarik minat aku.

Slot Ketiga 

*silibus perlu dikaji semula. rasa macam budak darjah tiga punya slot.

Slot Keempat

*blah.