Monday, January 31, 2011

Apa yang kita ada?

Aku tak ingat movie, cerita, komik, atau mana2 bahan yang aku tonton atau baca. Selalunya macam tu lah, susah nak ingat title tapi aku akan ingat baris2 kata part yang best-best. Nak kongsi part ni sikit;

a: katekanlah saya kawin dengan orang yang saya tak cinta dan awak tahu yang saya masih cintakan awak, ape awak buat?
b: saya halang la.
a: sebab? 
b: sebab apa yang pernah kita ada dulu.

penonton @ reader a.k.a amalyyna: wow, sweet!

apa yang pernah kita ada dulu?

sepanjang hidup, saya seorang kekasih yang baik. saya tahu itu. dalam perhubungan, saya akan berikan yang terbaik sehingga saya dilepaskan bukan saya melepaskan. saya akan tunggu sehingga saya sendiri rasa dalam hati awak sudah tak punya bahagian apa2 lagi untuk saya.

dan selepas bertahun awak pergi, awak kembali. atas sebab apa awak kembali?
saya tunggu jawapan;

sebab apa yang pernah kita ada dulu.