Friday, January 21, 2011

You Are Mine.

Hi. Nama aku cinta. Ramai yang tergila-gilakan aku. Malah, ramai juga yang menghambat aku pergi. Aku tidak kisah akan semua itu. Sebab aku tahu fitrah kejadian aku; untuk manusia bahagia. Pada aku, selagi mereka berpegang teguh pada agama dan tahu batas-batasnya, aku tak akan pergi. Aku akan setia dengan mereka. Aku akan menghalau setiap iblis yang menggoda.