Monday, February 21, 2011

Segan (ii)

Actually kan, aku tak letak pun gambar kawan2 konti kat facebook. Nanti lah. Busy busy. Haha.
read more

Company Background

Aku tengah cari sports equipment punya company background ni. Sikit je info yang dapat. Takpa, goreng je.

Aku nak taip benda penting kat bawah ni. For sure, dengan nekad dan keazaman ah. 

CTU A+
BEL A-
570 A+
600 A+
410 A+
450 A+
472 err..

Tolong aku untuk 472 please. Sincerely, pelajar yang tak terer database. T_T
read more

Segan

Nak letak ke tak. Nak letak ke tak.

At last, aku letak.

Dah tua agaknya. Nak letak gambar kat facebook pun ada pertimbangan, ada segan.

>.<

read more

Saturday, February 19, 2011

Dominant Power

Berasal usul dari hari pertama kelahiran (gifted or was born to) atau dibentuk oleh persekitaran dan kekerapan mendominasi sesuatu.

Dominan adalah bagus untuk menjadi seorang pemimpin. Mereka akan dihormati dan dipandang tinggi atas keupayaan memimpin mereka yang lain. Sifat dominan ini selalunya ada pada pemimpin-pemimpin, tokoh-tokoh politik, dan tidak terkecuali individu yang mengamalkan dasar tidak boleh hidup atas arahan orang lain.

Ciri-ciri dominan positif adalah,
lantang bersuara
memimpin mereka yang lemah
menjadi pembela kepada yang dipijak
menjadi ikutan atau role model
disayangi oleh orang sekeliling
menjadi perhatian

Ciri-ciri dominan negatif adalah,
tidak selesa menerima arahan sebaliknya memberi arahan
sukar untuk menjadi pengikut
sukar untuk menerima pendapat orang lain
memandang rendah atas kebolehan orang lain
tidak boleh menerima kekurangan orang lain
 
Jadi, jika kamu seorang dominan atau dalam perjalanan untuk menjadi dominan, jadilah dominan yang positif. Ingat, kita bukan selalunya di atas. Adakalanya, kita perlu di bawah dan merasai sendiri bagaimana berada di bawah sesuatu pimpinan.

Sememangnya, dominator tidak dapat memuaskan hati semua pihak secara keseluruhan tetapi sekiranya seseorang individu mengamalkan dominan positif dan memberikan performance yang baik, tidak dapat tidak dominator tersebut akan diterima dengan ikhlasnya oleh orang sekeliling dan masyarakat.
read more

Thursday, February 17, 2011

Google; Everything is Properly Nested

Ada seorang lecturer aku ni, mengajar tak ikut silibus. Sekejap lompat sana, sekejap lompat sini. Unpredictable. Ikut suka dia nak mengajar apa. Mula tu aku macam serius jugak dengan subjek dia. Masuk minggu ke-tiga dah boleh predict rentak dia. Tak perlu bangkang, tak perlu jadi lembu ditarik hidung. Just enjoy your ride even setiap kali masuk kelas dia, tak dapat apa yang diharapkan. Apa yang diharapkan?

Aku nak dia train mind aku sampaikan aku bermimpi-mimpi tanya diri aku; 'why not I start from now?'. 

Takpelah. Terima kekurangan dia seadanya. Fine. Esok test. Disebabkan aku belajar lompat-lompat, nota2 aku semua tak tersusun. Aku tak dapat specified mana tajuk itu, mana tajuk ini.

Jadi, jalan terbaik untuk aku study malam ni ialah dengan Google.

Thank you, Google. Please be nice to me. ;)
read more

Wednesday, February 16, 2011

Maafkan Aku

sebak. 
berdosa membuatkan kau rindu. 
berdosa buatkan kau terkilan. 
berdosa buatkan kau seperti tiada nilai.

aku rindu, aku kasih.
engkau berdua ada nilai.

cuma aku tiada kuat.
untuk akui dan gambarkan rasa ini.
selagi mampu aku menahan.
aku ikatkan penafian ini.
kukuh.

supaya aku kelihatan tabah.
dan mampu jalani hidup di kejauhan.
read more

Monday, February 7, 2011

The Legend

'engkau adalah apa yang engkau fikirkan'.
read more