Saturday, February 19, 2011

Dominant Power

Berasal usul dari hari pertama kelahiran (gifted or was born to) atau dibentuk oleh persekitaran dan kekerapan mendominasi sesuatu.

Dominan adalah bagus untuk menjadi seorang pemimpin. Mereka akan dihormati dan dipandang tinggi atas keupayaan memimpin mereka yang lain. Sifat dominan ini selalunya ada pada pemimpin-pemimpin, tokoh-tokoh politik, dan tidak terkecuali individu yang mengamalkan dasar tidak boleh hidup atas arahan orang lain.

Ciri-ciri dominan positif adalah,
lantang bersuara
memimpin mereka yang lemah
menjadi pembela kepada yang dipijak
menjadi ikutan atau role model
disayangi oleh orang sekeliling
menjadi perhatian

Ciri-ciri dominan negatif adalah,
tidak selesa menerima arahan sebaliknya memberi arahan
sukar untuk menjadi pengikut
sukar untuk menerima pendapat orang lain
memandang rendah atas kebolehan orang lain
tidak boleh menerima kekurangan orang lain
 
Jadi, jika kamu seorang dominan atau dalam perjalanan untuk menjadi dominan, jadilah dominan yang positif. Ingat, kita bukan selalunya di atas. Adakalanya, kita perlu di bawah dan merasai sendiri bagaimana berada di bawah sesuatu pimpinan.

Sememangnya, dominator tidak dapat memuaskan hati semua pihak secara keseluruhan tetapi sekiranya seseorang individu mengamalkan dominan positif dan memberikan performance yang baik, tidak dapat tidak dominator tersebut akan diterima dengan ikhlasnya oleh orang sekeliling dan masyarakat.