Tuesday, March 22, 2011

Bagaimana awak tahu luka awak dah sembuh?

Bukak plaster, kulit yang terkoyak dah bercantum. Tekan-tekan sikit, dah tak sakit. Tapi ha, ada parut la. Kalau boleh, tak nak tengok parut tu. Tak nak bagi siapa-siapa tahu ada parut berbekas.

Fasa pertama, kau tak boleh langsung menghadap apa-apa saja berkaitan dengannya. Asal ngadap je, rasa tak boleh blah. Feel like, what the hell i have to face all of this? Peringkat ini, kau kena akur. Biarkan perasaan membenci itu. Membiar di sini maksudnya; tidak menambah mahupun memaksa untuk kurangkan perasaan benci tu. Buat taktau. Come on, banyak lagi benda yang perlu kau fikirkan. Contohnya, menu masakan hari ini, database system, dan lain-lain. :)

Fasa kedua. Peringkat ini, terbahagi kepada dua individu. Kau yang menentukan siapa individu itu; samada pemaaf atau pembenci. Jika kau seorang pemaaf, kau mula sedar bahawa benci itu tidak membawa kau dan peluka ke mana-mana. Ataupun, minded kau selalu cakap 'ala, besar mana la sangat kesalahan tu kalau nak dibandingkan dengan musuh-musuh Rasulullah yang membaling batu hingga berdarah kepala baginda; and somehow baginda tetap memaafkan'. Manakala pembenci akan terus membatukan dirinya tanpa sebarang kemaafan. Memang dalam bebenor la kepedihan tu. Takpa, faham2.

Fasa ketiga. Selepas beberapa bulan atau tahun atau berpuluh tahun, parut mulai hilang; dengan syarat tuan parut berusaha untuk menghilangkannya dengan pergi mana-mana farmasi ataupun pusat-pusat kecantikan. Peringkat ini, sesiapa saja akan mengagumi keajaiban masa. Saat tiada apa lagi yang boleh ubahkan kekerasan hati manusia, masa mampu.

Fasa keempat. Kisah lama dipadam, Ali dan Meon berdamai. Terima diri masing-masing seadanya dan belajar sesuatu yang baru. Itu Ali dan Meon, setengah yang lain pula, jauh dari sudut hati sudah lama memaafkan, sudah lama melupakan peristiwa bagaimana hati dirobek-robek, dicalar-calar, dan sudah lama kebencian dipadam. Tapi, untuk memulakan baru seperti Ali dan Meon amat payah. Hanya Tuhan je tahu kesudahan cerita mereka.

'hate the bad deed, not the person. hate it for Allah SWT sake. the person can always change'