Monday, March 14, 2011

Kisah Aku dan Majnun

Aku bertukar bilik dan kolej. Tiada apa yang perlu diemosionalkan di sini, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Banyak yang berlaku semasa proses ini berlangsung yang memakan masa hampir seminggu. Dari situ, aku mula belajar sesuatu. Harus dijadikan pengajaran kerana ianya amat mengecewakan. Kata kunci, 'ini adalah perkhidmatan terburuk yang pernah aku temui'.

Lupakan saja.

L terburu-buru. Aku tidak sukakan begitu. Ambil masa, dan buat keputusan dengan tenang. Dan ingat, kesenangan depan mata selalunya bersifat helah. Jangan terpedaya. Pilihan adalah sesuatu yang payah kerana ia bukan hanya melibatkan minit pertama selepas itu tetapi saat keseluruhan hidup.

Sungguhpun begitu, manusia perlu percaya pada hikmah yang tersembunyi.

Ini adalah L. Dia kehilangan bapa di usia 10 tahun. Dia selalu mengingatkan kewajipan 5 waktu aku. Kadang, aku teringin untuk tanyakan L 'apa yang membuatkan kau tidak pernah jemu/lalai/lupa untuk membaca al-Quran selepas tiap kali solat even hanya satu helaian?'. Peribadi-peribadi ini cukup untuk aku hargai L walaupun kadang-kadang L cepat baran dan mudah menangis bila dimarahi.

Itu sahaja. Terima kasih L.