Monday, March 14, 2011

Pengisian

Aku wujudkan label pengisian sebenarnya bukan untuk membuat ulangkaji di sini setiap kali test akan berlangsung atau seumpamanya. Ianya lebih kepada multi-thinking. Contoh mudah, multi-thinking berlaku pada solat yang tidak kusyuk.

Setiap kali cikgu atau pensyarah mengajar di depan, tak semuanya masuk seketul-seketul dalam kepala. Sangat banyak benda yang aku fikirkan. Jadi, langkah mudah untuk aku tidak membazirkan sesuatu perkara yang difikir aku rewrite balik semuanya di sini. Dengan itu, aku menggalakkan daya berfikir dalam diri. 

Sekarang march, dua bulan lebih aku tidak update 'Pengisian'. Terlalu sibuk plus takde internet connection. Semester depan inshaAllah, aku cuba untuk jadikan 'Pengisian' betul2 sebagai satu pengisian.

;)