Wednesday, May 18, 2011

Tentang Nama

Amalina; bermaksud cita-cita kami atau harapan kami.

Kenapa perlu diletakkan nama yang baik-baik? Nama adalah sebutan. Kita memanggil nama untuk berkomunikasi, dan membezakan antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Dan seseorang harus percaya bahawa sebutan adalah doa.

Di sekolah rendah dan menengah, rakan2 tidak memanggil aku dengan panggilan 'amalina'. Ini beerti tiada rakan yang mendoakan atau sering melafazkan 'cita-cita kami'. Namun, aku percaya keberkatan 'cita-cita kami' itu keluar dari bibir2 guru-guru. Dari sekolah rendah sampai menengah, cikgu memanggil 'amalina'; bukan ama, lin, mahupun na.

Di peringkat diploma, 'ama' digunakan setiap kali berinteraksi. Bila bertukar kampus, kawan2 panggil 'lin'. Dan sekarang, kawan2 memanggil 'malin'. Apa dah jadi dengan 'cita-cita kami' yang diletakkan dalam surat beranak 20 tahun lepas?

Mulai sekarang, panggil saja aku amalina. Aku suka.

*current lecturer aku suka panggil aku dalam class. amalina, amalina, dan amalina. nanti aku nak kira dalam satu lecture berapa kali beliau sebut times by 4 (4 days per week) times 4 (4 weeks per month). If total > 44 times, alhamdullilah and insyaAllah AMALINA will be the ambitious people. Perlu ke nak darab sampai macam tu? In process of learning statistic kan. Kih kih kih.

Dan ini adalah guru/lecturer ke-3 yang ambik berat pasal maksud nama student2 selepas Puan Hasyimah and Encik Ariff sepanjang aku belajar.

Cuba bagitau aku maksud nama kau. :)