Saturday, June 18, 2011

Pagi Sabtu

Aku bajet hari jumaat, hari meraikan segala usaha. Hari sabtu baru nak start study, selasa ni final. Rasa macam tak boleh, sebab rumah tak kemas lagi. Maybe Sabtu malam atau Ahad pagi baru nak start. Sebelum aku mula mengulangaji semua, aku nak review sikit pasal Operation Research (OR).

1. Introduction. Mengisahkan tentang sejarah (OR). Bermula dalam late 30's in a systematic fashion di UK. Dulu tak sebut OR lagi, datuk2 moyang sebut Industrial Engineering (IE) atau Decision Science (DS). Research ini melibatkan logical dan rational approach untuk membuat keputusan.

2. Decision Theory. Ada tiga types dalam membuat keputusan; under certainty, uncertainty, and risk. Kalau certainty, kita dah tahu outcome dia. Uncertainty kita tak tahu, tak dapat nak expect. Dan kalau under risk, kita tahu several outcomes pastu siap boleh tau probability that might occur lagi. Dan yang paling penting dalam setiap keputusan taken, kita nak maximize kan profit dan minimize kan total cost. Tu dalam bisnes, in real pun kita nak sebarang keputusan kita memihak kepada banyak kebaikan/keuntungan.

3. Inventory Control. Rumus2 yang terdapat dalam chapter ini digunakan hanya untuk demand yang bersifat constant. Tak berubah. Jarang2 ada sebab secara logic demand ada turun dan naiknya. Tambahan lagi, rumus2 tersebut berguna untuk mencari kuantiti paling minimum untuk diorder, level kuantiti yang perlu diorder semula, jarak antara order, dan jumlah kos.

4. Linear Programming. Taktau nak adaptasi in real life macam mana. Haha. 

5. Transportation Model. Kena tau tempat mana yang kena nak distribute first. Tempat mana kos yang paling rendah kita distribute sebanyak mungkin kat situ. Kelebihan model ni, kita akan dapat satu result yang paling optimal. Tak sangka pulak, seberjaya-berjaya bisnes perlu mengambil kira semua tu. Dari sekecik-kecik kos sampai sebesar-besar kos. Ingatkan pakai main distribute je. Nak minimize total cost and maximize profit kan.

6. Project Management. Kat sini kita menjangkakan tentang perancangan project. Bila boleh siap? Berapa hari boleh delay? Melibatkan berapa aktiviti? Aktiviti mana yang tak boleh delay? Dengan cara ni manager boleh plan, schedule, monitor, and control large and complex project. Lepastu, berapa kemungkinan project tu akan siap dalam masa 4 minggu, sebagai contoh. Semuanya boleh dijangkakan dengan teratur.

7. Queuing Theory. Study benda ni sebab nak improve lagi service dan prestasi company. Rumus diberi cuma kena tau berapa kaunter/server yang dibuka. Dengan rumus2 tu, boleh tau probability kaunter sibuk, probability kaunter idle, dalam queue dan system ada berapa customer, dan customer spends berapa lama kat queue dan system. Bila dah tau maklumat2 tu, boleh kira total kos yang terlibat.

8. Simulation. Nak simulate based on past experience/data. Lepas buat simulate, kita boleh forecast untuk future demand, cost, profit and so on.

-Pemahaman dan pengadaptasian OR dalam kehidupan secara mutlak sangatlah menguntungkan sesiapa sahaja kerana setiap decision yang diambil adalah cepat dan tepat. Chapter 1-8 banyak menekankan dalam membangunkan bisnes. Ada orang sanggup bayar jutaan untuk somebody forecast dia punya bisnes. Dulu manual, sekarang banyak software dibangunkan untuk company buat decision dengan cepat dan tepat. 

-Kesimpulan, membuat pilihan/keputusan berlaku setiap hari dalam hidup kita. Contoh, perlu ke aku beli iPhone 4? perlu ke aku drop subject itu? patut tak aku tinggalkan dia je? and so on. Paling penting, sama2 lah kita mohon pada Allah agar setiap jalan/pilihan yang kita ambil diredhai Allah.

Ada salah silap, minta maaf. Nak ambik final selasa ni; 21st June 2011. :-)