Monday, November 21, 2011

Mimpi

Aku mimpi ada seorang pakcik tua curik laptop, purse aku. Aku menangis semahu. Aku tarik sorang lelaki ni, aku menangis, menjerit semahu aku depan dia. Aku rasa selesa menangis depan dia padahal aku tak pernah kenal. Dia kacak. Mimpi di bawah pula adalah mimpi sebelum masuk mimpi ni. Tu sebab aku rasa aku rasa aku meraung sakan di mimpi ni.

F hantar pesanan ringkas dalam bahasa kasar. Dia bahasakan diri dia gua. Dia cakap, gua dah ada pengganti. Gua memang fun dengan hidup gua sekarang. Gua dah dapat apa yang gua nak. Aku tak reply. Aku baca update dia kat facebook. Dia tulis ringkas, Tuhan makbulkan doa aku. Aku syak doanya adalah untuk mendapat perempuan seperti apa yang dia nak.

Aku terjaga.

*lambat betul install adobe reader. nak submit kerja pukul 10 ni, dua mimpi aku siap taip kat sini. Hahaha