Friday, December 28, 2012

Insecure

Dah lama aku nak cakap sebenarnya. Aku dah takde zon selesa, zon dimana aku boleh up-apa-yang-aku-rasa-bila-bila-masa. Sedih gila rasa sebab hanya dengan satu kesilapan.

". . .sometimes one feels freer speaking to a stranger than to people one knows. Why is that? Probably because a stranger sees us the way we are, not as he wishes to think we are".
read more

Kelebihan bujang lulz

Mereka akan lebih menghargai friendship. Prihatin dan sayang dia tu lain. Tak tau nak cakap cemana. Teori dia, "tahap kebergantungan" dan "fokus". Okay, bincangkan kedua dua teori ini.

posted from Bloggeroid

read more

..

Tuhan, tolong jagakan dia.
posted from Bloggeroid
read more

Monday, December 24, 2012

Final presentation and poster exhibition (FYP)

Bagaimana boleh saya sembunyikan penglibatan diri kalau diari ini saja yang mampu simpan kisah kisah saya dalam jangka masa panjang.

The best presenter.
The best poster.

Terima kasih Tuhan.
read more

Wednesday, December 19, 2012

14

1. Fakta baru yang saya temui, hacker --keeping a low profile. Jadi, jika anda menemui orang orang yang bangga mengisytiharkan diri mereka sebagai seorang hacker, thats not a hacker. Atau mungkin anda menemui status status seperti "yeah, berjaya hack juga akhirnyaa!", again, thats not a hacker. Hacker have their own purposes and they are not easily reveals them.

2. Setiap kali saya mahu menaip, ceritanya tentang diri saya. Saya sedang cerita tentang diri saya. Dan kemudian, saya delete dan tulis semula. Bagaimana mahu menulis tanpa penglibatan diri? Bagaimana mahu menulis tanpa kehebatan diri? Saya keliru.

3. Patutnya tadi berakhirnya lecture untuk semester ini dan mulai esok saya dah start study week. Tapi tak. Tak berakhir sampai tamatnya bulan januari. Report fyp sangatlah mencabar apabila mendapat examiner yang sangat strict. Saya selalu cakap pada rerakan yang lain bahawa mereka bertuah kerana mendapat examiner yang sangat cool, tidak seperti saya. :(

4. Telah lama saya menjangkakan saat tak best ini. Jadi, kenapa saya perlu komplen itu ini kalau dari awal saya sudah menjangkakannya?

5. Saya letih..
read more

Friday, December 14, 2012

Did you look into his heart?

The Beloved Prophet Muḥammad, got upset with our master Usama ibn Zaid -the beloved, and the son of the beloved. One day, Usama was on the battlefield engaged with the enemy. During the heat of the battle one of the enemies slipped and fell, so Usama lifted his sword to strike him. At that very moment, the enemy shouted out:

"La 'ilaha 'illallah, Muḥammad rasulullah". -There's no god but Allah, Muḥammad is the messenger of Allah.

Yet, Usama struck and killed the man. When the Prophet got heed of this he condemned Usama, with anger visible on his face, he asked, "Did you kill him after he said that!?". Usama replied, "Oh Messenger of Allah, he only said it out of fear of the sword". But the Prophet Muḥammad quickly replied, "Did you look into his heart, oh Usama!?"
read more

Wednesday, December 12, 2012

I wish we live in a world that no one could penetrate,

Begitulah.

Sukar benar untuk kau bacakan hati ini melalui perasaan yang samar atau tiada langsung. Tapi mudah benar untuk kau lihat perbezaannya pada raut wajah.
read more

Bila sudah ramai rerakan di twitter,

1. Saya bosan sebenarnya present benda yang sama, cakap benda yang sama, argue benda yang sama dan examiner yang sama. #prepresentation

2. Saya dalam dilema mahu edit gambar atau mahu focus pada slide, ERD, dan system. #arabicnight

3. Saya mengharap nik dapat send gambar korporat pada saya dengan kadar segera.

4. Satu kekangan yang saya hadapi dengan system ini adalah saya perlu vote every week untuk memastikan lagu-lagu yang diundi ada dalam carta. #cartamyufm

5. Itu tidak jadi masalah kerana saya boleh sahaja terus ke database dan menambah data secara manual. Masalahnya ialah saya malas untuk satu benda remeh.

6. Saya langsung tidak gentar dengan pre-presentation esok. Kegelabahan rerakan sebenarnya yang membuatkan saya sedikit goyang.
read more

Tuesday, December 11, 2012

We can't control the result,

Kita mengaku kita boleh terima semuanya dengan terbuka dan redha. Tipu.

Kita mengaku kita boleh terima apa saja. Tipu.

Kita mahu orang nilai sesaksama kita. Kita silap.
read more

Obat









Location: Pantai Merdeka, Jeti Semeling, Tanjung Dawai
Date Taken: December 6th, 2012 via android using paint effects.
read more

Friday, November 30, 2012

Ikhlas, Telus

Aku harap kau tiada apa apa buat masa sekarang dan lihat siapa di sisi kau, juga lihat siapa yang menjauhi kau atas nama kekurangan.

..supaya nanti bila kau punya segala kau boleh lihat siapa masih di sisi kau, juga kau boleh lihat orang yang menjauhi itu merangkak mendatangi kau atas nama kelebihan.
read more

Dear love,

I leave you free to be yourself, to think your thoughts, follow your inclination, behave in ways you decide are to your liking, you have that freedom and you have my love in the process.
read more

Thursday, November 22, 2012

Leadership kot

Untuk event yang bakal berlangsung sabtu ini, aku sedikit bimbang. Ianya event besar yang melibatkan orang luar. Lebih 40 pasukan menyertai event ini.

Pertamanya, aku nak cakap mengenai leadership; kepimpinan. Asas yang paling asas kau kena tahu adalah how to deal with people. Ini yang aku perati dalam kalangan team aku. Ada yang bagus, ada yang fail. Sebab paling utama fail --emosi.

Keduanya sikap kerendahan diri kau. Ingat, kau satu team. Takde istilah president buat kerja top management, ahli ahli buat kerja bawahan. No, sama sama buat. Jadi bila semuanya kau mind set kan, "kita akan sama sama pesan memesan ingat mengingat", takde keadaan di mana kau kecik hati bila members of the team tegur/cadang/arah kau.

Ketiga, perlu ada ihsan atau dalam erti kata lain, doing the best.

All in all, kau tak boleh elak berjumpa dengan ragam manusia yang tah-pape-yang-nak-ikut-kepala-dia-je. Pesan aku, be cool. Bukan selalu jumpa orang cenggini, istimewa kot hahahaha.

Dah, tido dulu. Bye
posted from Bloggeroid
read more

Wednesday, November 21, 2012

Hell

Aku nak cakap sikit pepagi buta ni yang tak semua author buku tu pandai nak organize. Idea, fakta, pengolahan, siap contoh semua memang terpuji. Knowledgeable. Bab nak organize, nak bagi orang senang faham flow dia, memang fail. 

Aku bebel ni sebab kerja yang aku patut siap sejam dua dah makan masa berbelas belas jam tau takkk.
read more

Tuesday, November 20, 2012

Swallow your anger,

Perkara yang aku sedihkan, aku gagal mengawal marah. 

Itu kegagalan pertama aku di tahun baru ini; hanya kerana aku sedang lapar dan ada manusia cari pasal. 

Kegagalan kedua, aku gagal mengawalnya apabila situasi aku tidak difahami dengan baik. "Hoi, kau tahu tak apa yang aku buat!! takkan semua aku nak kena bagitau!! so boleh faham tak keadaan orang cemana?!! lain kali tanya dulu sebelum nak blame orang itu ini!!".

Menyesal.
read more

Pui

Sampai satu masa, pegangan kau mula kabur. Aku letih membaca pendirian samar yang kau perjuangkan. 

Aku benar benar letih.

Keliru.
read more

Cari aku segera,

Di mana kamu yang boleh aku borakkan tentang fakta,
Di mana kamu yang boleh aku ceritakan kisah kisah anbiya',
Di mana kamu yang boleh aku bahaskan idea idea,
Di mana kamu yang boleh aku bongkarkan semua rahsia,
Di mana kamu yang boleh menyuap aku ilmu senantiasa,
Di mana kamu yang boleh aku hadam semua sengsara,
Di mana kamu yang boleh aku jalani hidup bersama,

Di mana kamu wahai kasih.
read more

Monday, November 19, 2012

5 more weeks to go,


Seperti semester empat dan lima, aku ada buat review. Semester tiga aku tak buat sebab semuanya fully organized, terancang, dan strategik; bukti boleh dilihat pada entri januari, februari, mac, april, dan may 2011. Pertama kali aku rasa kagum dengan penulisan jujur aku. Kedua, hampir kesemua lesson learned daripada aku belajar secara tacit knowledge and explicit knowledge dicatat dengan rapi. Thanks amalina untuk semua usaha itu, aku dapat rasa manisnya. :-)

Untuk semester enam atau yang terakhir, aku ambik 5 subject yang boleh aku kategorikan kepada 3 part.

1. Project (CSP 650)
Selalu serabutkan aku sebab dia 6 credit hours which kalau dapat A+, cgpa aku akan melambung tinggi and kalau aku fail, cgpa aku akan merudum jatuh sebawah bawahnya. Bersyukur dua perkara tentang subject ini, 1. aku dapat supervisor yang sangat cool yang TAK PERNAH bagi tekanan kat aku (tapi dia dah nak pindah bulan 12 ni, so aku taktau nasib aku cemana nanti apabila diserahkan ke mana mana supervisor). 2. aku dapat client yang sangat supportive, aku boleh call tanya apa lagi requirements yang dia nak bebila masa unlike some of friends sangat susah nak berhubung dengan client masing masing.

2. Perlu study (MATH 422, ITS 610)
-Math logic, tak study memang boleh fail
-Ethics tu boleh la goreng sikit sikit, but have to know some facts

3. Rilek (BAB 501, ITS 544)
Doesn't mean tak bukak buku langsung untuk kedua dua subject ni, just macam rilek. Pergi kelas pun rilek je hehehe. Thanks for these lecturers yang sangat cool. Serius aku suka lecturer cenggini. Kita rilek tak semestinya kita tak belajar, tapi lebih effective cara belajar tu just because we found joy in learning. ;-)

Tu je kot untuk semester-tabah-cekal ini. Moga dipermudahkan semuanya.

"The moment when you want to quit, is the moment when you need to keep pushing".
read more

*

Aku cari jiwa tapi tak jumpa.

Jadi, setiap ketika bila mana jiwa itu datang, bergegas aku menulis. Aku mahu setiap tulisan sentiasa ada jujur. Jujur dari hati.

Tadi tengah mandi kemain lagi idea aku. Mengadap je laptop, habuk.

Pfft!
read more

Monday, November 12, 2012

:'(

Ikut hati,
Mahu rajuk ini aku bawa hingga tiada penghujungnya.
Ikut hati,
Mahu sedih ini aku pendam hingga akhir usia.

Tapi tiada daya,
Sayang aku melebihi segala.

"Part of righteousness towards your parents is learning to forgive them when you feel they have wronged you". -AbdulBary
read more

Sunday, November 11, 2012

Di saat kamu buntu dan tiada jalan keluar,

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya", (Surah At-Thalaq: 2-3)

Siapa orang yang bertaqwa?


read more

Saturday, November 10, 2012

Hadiah harijadi,

Thanks kawan. :-)
read more

Friday, November 9, 2012

...

A: Serius aku suka mentality mereka, cara mereka berfikir, kreatifnya pemikiran mereka, dan aku kagum dengan semuanya yang berkaitan semangat, jiwa, dan pemikiran mereka.

B: Aku hanya kagum dengan semangat mereka.

Maha Suci Tuhan yang menciptakan mereka; A & B.

A: Aku agak sedih apabila ianya berkaitan dengan attitude, akhlak. Mungkin dengan nikmat "bijaksana" itu telah mengangkat martabat sehingga mereka lupa niat asal mereka.

B: Mereka bertanggungjawab terhadap sesama manusia tapi mereka lupa tanggungjawab pada Pencipta.

Maha Suci Tuhan yang lebih mengetahui keikhlasan hambaNya; A & B.

Masing masing berjuang membuktikan mereka lebih suci. Masing masing mahu diri dikenali. Masing masing dengan agenda sendiri.

Sedih.
read more

Thursday, November 8, 2012

There is a time,

Akan ada satu waktu tu,

Aku tak mengantuk sangat pun, tapi aku nak tido. Badan tak letih pun, tapi aku nak tido. Aku dah tak buat benda lain. Tido, bangun, tido, bangun.

Aku benci dengan waktu begini.. sebab akan buatkan aku kasihan pada diri.

Sunyi.


posted from Bloggeroid
read more

Saturday, November 3, 2012

Aku nak menang RM300 hahaha

Last aku tahu pasal diri aku pada 2007. Itu pun time orientation week. Menurut personalitiy test yang aku ingat, "I like to deal with people", "I am natural leader". Aku percaya dan aku pegang sampai hari ni bahawa aku ni takde masalah dengan orang. Aku boleh communicate dengan bagusnya, aku boleh faham orang, aku adalah orang yang boleh terima apa saja perangai orang. Itu 2007, 2008 punya cerita.

Hari ni, 2012

"Being a shy, quiet and reserved person, Ms Amalina prefers her own company and feels awkward when meeting people for the first time. In social gatherings, she tends to stay in the background."

Aku dah berubah.

"Ms Amalina is not one who prefers strong or deep bonds, and avoids close interpersonal relationships. She is reluctant to form attachments, preferring to keep people at a distance. She prefers relationships to remain casual and superficial. Less trusting."

Aku susah nak suka orang.

"Ms Amalina is selective in lending support to others. She often remains detached and unsympathetic. Ms Amalina may not regard the welfare of another person as the most important aspect of their relationship. She is not likely to want to be involved in the problems of others unless necessary."

Mungkin betul cakap farhan, aku selfish, tak pandai ambik hati orang, bla bla bla.

Whatever.

p/s: nak try personality test ni tak? Bak email cepaaat, 
read more

Friday, November 2, 2012

Alhamdulillah, 7 more weeks to go.

#1. Keep calm. everything gonna be okay.
#2. Keep praying
#3. Your thoughts became things
#3. Know what you want; ask, believe, and receive
#4. -1 + -1 = -2
#5. Optimist
#6. Stay strong, keep moving
#7. Savor every moment
read more

Midterm Break



       

     
read more

Choose your influence well

Kehadapan generasi Y,

Cemana aku nak cakap ah. Camni, kau pergi log in semua account yang kau ada sekarang:

Email: kalau kau ada banyak email, asingkan menjadi email rasmi dan tidak rasmi supaya kau tahu which inbox yang harus kau pentingkan.

Facebook: kau add yang baik baik. kau subscribe yang baik baik. kau hide semua feeds yang nonsense, jiwang meleleh, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, 24/7 attention seeker, dan seangkatan dengannya. ("kenapa nak hide? unfriend kan lagi senang". boleh, just in case kalau kau nak jaga hubungan). Join group group yang boleh kau kenal potensi/jiwa kau, yang boleh bimbing kau, yang boleh bagi kau ilmu, etc. kategori kan friends (yang kau mau ambik peduli) mengikut list. Contoh, list "family", "lecturer", "ambik tauu", dan lain lain. Yang dah ada group, tak payah la nak list jugak.

Twitter: kau follow yang baik baik supaya timeline kau selalu mengalir kebaikan bukan caci maki dan sampah. tweet yang baik baik, tweet yang datang dari jiwa. retweet yang baik baik.  follower, kau takde hak nak control.

Tumblr: follow yang baik baik; bila ketika kau ada masalah, kau perlu someone untuk up kan kau, tumblr always there (dengan syarat kau follow yang baik baik). senang cakap, orang takkan faham kau.

Blog: tulis yang tulus dari hati kau.

The point is, whatever web or technologies that you use, suap hati dan akal yang baik baik, yang positif. Baik atau buruk, kau pilih.

*baik baik merujuk kepada
1. yang mendekatkan kau dengan Allah
2. yang boleh mengingatkan kau pada Allah
3. yang boleh buatkan diri kau menjadi lebih baik
4. yang boleh buat kau bahagia
5. yang boleh memotivasikan kau
6. yang boleh buatkan kau merasa cukup apa ada

Gen Y adalah generasi digital di mana masyarakat atau komuniti kanan dan kirinya adalah berdasarkan teknologi (digital). Untuk lebih memahami, 
read more

Saturday, October 27, 2012

"Bila hamba-hambaku bartanya engkau tentang Aku wahai Muhammad, maka sesungguhnya Aku dekat"

Bila kita mengecewakan dan melukakan seseorang, kita takut untuk berhadapan dengannya. Kita lari sejauh mungkin. Kita bagai mahu ulang semula, dan jalani hidup tanpa mengecewakan, tanpa melukakan. Dalam hati meronta memohon maaf dengan kesilapan yang kita lakukan, tapi sebenarnya kita takut. Takut untuk tidak diterima lagi. Takut keadaan tak seperti dulu lagi. 

Fitrah manusia, kita malu untuk berhadapan.

Begitu juga halnya apabila kita melakukan dosa terhadap Allah. Kita malu, kita takut, kita bimbang, kita rasa Allah tak nak terima kita lagi. Kita rasa pelbagai.

Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

***
Tertanya, bagaimana mahu kita katakan dosa kita lebih besar hingga takut untuk sujud padaNya sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah itu lebih besar daripada dosa dosa kita?

Allah kasih kita, Allah sayang kita. Mungkin esok kita akan pergi. Cukupkah amalan kita?

:'(

Contohi anak kecil, pelbagai kesilapan dibuatnya; ditumpahkan air, dicontengnya dinding, dipecahkan pinggan mangkuk. Kita sebagai ibu, adakalanya kita marah kerana kita kurang sabar atau mungkin kita letih. Tapi hakikatnya kita sayang. Dan apa reaksi anak kecil bila kita memarahinya? Tetap datang pada kita walau dalam keadaan tangisan bersalah.

Jika seorang ibu boleh bersabar, apakah kamu tidak merasakan Allah lebih sabar dengan kita? 

Jika seorang ibu kasihkan anaknya, apakah kamu tidak merasakan Pencipta ibu itu sendiri lebih bersifat mengasihi?

Wahai diri yang berdosa, 

apabila kita melakukan kesilapan, ingatlah Allah. Bergesalah kita memohon ampun dariNya apabila tersedar melakukan silap. Kita manusia, kita cepat terlanjur; buruk sangka, cemburu, cepat marah, etc. Buang malu, sujud padanya, mohon keampunan. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Ulangi proses ini hingga akhir hayat kita. Jangan biar bisikan iblis terus menjauhkan kita dengan Allah. Moga taqwa milik kita.

Jika kamu mecari Dia, Dia takkan sia-siakan pencarianmu. Yakinlah, percayalah.

read more

Thursday, October 25, 2012

Sampaikanlah,Sampaikanlah, Sampaikanlah..

Salaam 9 Zulhijjah & Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa sunat hari ini.. Ambil lah sedikit masa hari ini untuk membaca, khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W disampaikan pd 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :-

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam bertaqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi nabi atau rasul akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesunggunhya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAH ku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..."
read more

Wednesday, October 24, 2012

Dari setiap hamba, Dia pilih kau.

Bagaimana mahu aku gambarkan anugerah itu.

Terkedu. Insaf.

***
Ketika dia perlu memilih wanita, harta, dan dunia.. dia pilih Allah. Dia percaya dan yakin, taqwa satu satunya jalan yang bahagia-abadi.

Lalu digoncangkan dia dengan ujian; dihilangkan isteri tercinta. Cerita tidak lagi seperti semalam tanpa hawa yang melengkapkan.

Namun mujahid tetap berpegang pada Tuhannya. Menggantungkan sepenuhnya pengharapan pada Allah. Percaya bahawa semuanya pinjaman yang bersifat sementara, tidak kekal.

Hilang berganti.

Ujian tidak pernah putus; hanya untuk mengangkat martabatnya sebagai hamba. Kuncinya taqwa. --Dijemputnya anak yang dikasihi untuk berada di pintu syurga. Hilang buat kesekian kalinya. Dirinduinya setiap malam sebagai teman tidur, ditangisi bila bayangan itu hadir. Allah,

'Aku sudah tiada apa apa, semuanya milik Kau, aku hanya ada Kau yang sentiasa ada; wujjud'.

Kasih, Allah bersama orang orang yang sabar. Sabar itu manis kerana buah sabar jauh lebih manis.

Kuantan, 24 Oktober 2012.
posted from Bloggeroid
read more

Sunday, October 21, 2012

T_T

Aku tak tau nak sambung belajar ke tak. Kalau aku sambung pun, aku tak tau samada aku cuba penuhkan impian aku atau impian mak. Aku tak tau nak jadi apa sekarang ni. Letih tau tak belajar sesuatu yang kau tak suka..

***
Patutnya minggu ke 5 hari tu aku balik. Refresh balik, ambik semangat baru kat rumah. Esok test, and aku takda mood langsung nak study. Huarggghhh

***
Aku tahu aku letih. Palat cemana pun hari ni, aku kena hadapi.

***
Keh keh keh. Dah lepas pun. 
read more

Friday, October 19, 2012

Friday; 6

Mari kita berhenti mengeluh dan lihat keajaibannya.

Moga Allah sayang kita.

:-)
read more

Wednesday, October 17, 2012

...

Tadi, aku sedar tentang sesuatu. Kelemahan tentang perkara yang tidak membawa kebaikan. Fikir aku, aku harus tinggalkan tapi ada sesuatu yang aku masih mahu pegang.

Jadi, aku hanya pegang. Langsung tidak membuang.

Pegang dengan cara berbeza. Aku akui, aku masih membenci sebilangan manusia. Maka, mana mungkin keseluruhan manusia akan sukakan aku. Usah sanjung dan junjung, aku tidak perlu. 

Di sini, ada sekumpulan manusia kecil. Ternyata mereka kerdil, terlalu kerdil dengan Tuhan mereka. Biarpun mereka tidak seperti kau, kau, dan kau, aku cukup.

Sekali lagi, aku mahu beritakan secela mana aku, aku tidak minta sebahagian kau untuk ditampalkan. Sumpah, aku tidak perlu.
read more

Sunday, October 14, 2012

Sampai bila?

:)

Sementara, hanya sementara.

Gantunglah pada yang kekal, yang tidak pernah hilang, yang takkan mati.
read more

Saturday, October 13, 2012

Anisshah, Alia, and Boboi









Date: October 3rd-7th, 2012
Location: Setapak, Petaling Jaya, KL Festival City
read more

Wednesday, October 10, 2012

Busy

-Tak sempat lipat kain baju
-Meja study berselerak
-Baju di iron < 30 minutes before class (kadang tak iron)
-Jarang masuk dapur
-Bil belanja bulanan yang tinggi
-Sleep cycle tunggang langgang
-Lupa nak topup
-Tak banyak cakap
-Tak reblog tumblr
-Sleepless
-Restless


"Blessed is the man who is too busy to worry in the daytime and too sleepy to worry at night. Keep busy with your deen"
read more

Sunday, October 7, 2012

We spend 61,440 hours to build another people's dream,

Aku takut tergelincir. Sungguh, aku takut.

posted from Bloggeroid

read more

5 days,

Kosong.

Ini yang buat aku risau.

Tapi takpa lah, aku dah tukarkan dengan sesuatu.

posted from Bloggeroid

read more

Sunday, September 30, 2012

Aku pernah hilang kawan,

Many people have lost their closest friends after trying to help them by lending them money.

Lending money to a friend is one of the most common ways of ultimate termination of that friendship. 

Although some do pay back, many do not do so or are unable to pay back loans to their friends, causing a major dispute. 

It is better to give a non returnable gift or to render charitable assistance than risk the friendship by the disputes that follow most loans to friends. 

A wise man said, "If you lend money to a friend, make sure your heart is big enough to write it off when it clashes with the friendship." (via Mufti Ismail Menk)
read more

Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi,

Kita paksakan diri kita untuk menjadi itu ini, hanya untuk diterima.

Itu bodoh namanya.

posted from Bloggeroid

read more

Surely Allah is Hearing, Knowing.

Kita boleh pilih untuk berterus terang, untuk nyatakan betapa azabnya diri diperlaku. Kita boleh pilih untuk ceritakan pada satu dunia betapa jiwa tiap harinya ranap.

Tapi, kita pilih untuk simpan.

Kerana kita merasa cukup adanya Tuhan.
posted from Bloggeroid
read more

Saturday, September 29, 2012

Basikal


Biar berkali jatuh,
Aku takkan pernah serik,
Kerana keseronokkan itu selalu dalam bayangan.

Biar berluka lutut,
Aku takkan pernah merungut,
Kerana telah aku rasa sakit itu biasa.

Aku lah pecinta yang tak pernah tawar rasanya.
read more

Thursday, September 27, 2012

Belief, love, and hard work. If you have those things, you can do anything.


Aku nak bagitau yang sebenarnya aku boleh buat apa saja (dengan izin Allah) kalau aku tau apa yang aku kena buat.

Ulang, kalau aku tau apa yang aku kena buat.

Kau bayangkan satu semester last sem aku tak tau langsung apa yang aku buat. Serabut gila. 

Aku tau aku bakal serabut that time, then aku buat rilek. Syukur, dapat supervisor pun yang rilek. So otak aku tak tekanan sangat kecuali satu minggu terakhir sebelum submission.

Walaupun rilek jauh sudut hati aku, aku cakap 'aku tak banyak usaha'.

Ah, kau pun boleh buat. Jauh lebih baik dari aku cuma hurm hurm,

'kau tak bersungguh, tak percaya, dan tak cinta'.
read more

Sunday, September 23, 2012

Bapak


'The father of a daughter is nothing but a high-class hostage. A father turns a stony face to his sons, berates them, shakes his antlers, paws the ground, snorts, runs them off into the underbrush, but when his daughter puts her arm over his shoulder and says, 'Daddy, I need to ask you something,' he is a pat of butter in a hot frying pan', -Garrison Keillor.
read more

I love geek, I can't help it


Sedang kita berlumba untuk berikan khidmat hingga mati, dia dengan tenang duduk bersandar. Tenang.
read more

People hurt you and leave you but Allah NEVER leave you sayang,


Janganlah fikir orang baik dengan kau bersebab. Kau dapat rasa ke ikhlas hati dia macam mana. Kau tak tahu, entah entah dia yang selalu doakan kau. Orang buat baik dengan kau, alhamdulillah. Orang buat jahat dengan kau pun, alhamdulillah. Jangan letih buat baik. Bukan orang yang perlu balas kebaikan kau, tapi Allah, sebaik baik pemberi ganjaran.

Dah, aku tanak dengar lagi,

'Bila susah je nampak batang hidung, bila senang jangan haraaaaaap!'
'Orang ambik kesempatan'
'Bila buat baik, orang pijak kepala'
'Orang gunakan kau'

Kau nampak orang orang orang orang, sampai kau lupa nak tengok dalam diri kau. Berapa kali kau ambik kesempatan dengan nikmat Allah? Berapa kali kau sakiti Allah? Berapa kali kau tinggal Allah? 

Dan berapa kali Allah tinggal kau? Tak pernah.

Selagi mana kau mengharap balasan, sanjungan, dan penghargaan, selama itu namanya bukan ikhlas.
read more

Saturday, September 22, 2012

You create your own universe as you go along,

Ada masanya, mereka akan bentangkan kesilapan kita tanpa kita jangkakan tanpa kita fikir mereka akan simpan.

Bersyukurlah.

Bersyukurlah kerana rata ratanya, orang menelan kesilapan kita lalu memaafkan dalam diam lalu melupakannya. Bersyukurlah kerana kita dalam golongan yang memaafkan dan melupakan.

posted from Bloggeroid

read more

Sunday, September 16, 2012

Banyak betul dosa aku yang cuba dihapuskan


Ini minit terakhir sebelum aku tumbang. Gila. Tak pernah aku rasa sakit cenggini. Mula la aku nak cerita peribadi ni. Ah,
read more

Saturday, September 15, 2012

When life knocks me down I always know how to get up,


Di situ tempat terjatuh.

Aku bersumpah untuk tidak pergi lagi buat selama lamanya. Bila munculnya kekuatan, aku pergi. Berdiri di situ dan imbas semuanya. Sakit.

Aku bersumpah kali kedua untuk tidak pergi, mengharamkan kaki untuk memijak. Kekuatan selalu datang dan aku pergi. Melawat kisah lama lalu hati berkecil. Memujuk untuk kembali tanpa menjengah lagi.

Hati,

selama mana ia tidak terhapus, aku akan sentiasa pergi. Mengapa kau perlu berkecil sedang aku kuat untuk hadapi?

Engkau kasihan aku, aku tahu.
read more

People only see what you did, but they never looking at WHY you did it


...
read more

Friday, September 14, 2012

Past is past

Sukanya saya tengok pasangan yang berjaya, sama sama berusaha keras, sama sama bersusah payah, dan paling saya kagum, sama sama taat menjalani perintah Allah. 

Pun begitu, mereka masih menjadi padi -makin berisi makin menunduk.

.....
read more

Tuesday, September 11, 2012

Semester Break

29th July 2012

18th August 2012

20th August 2012

23rd August 2012

28th August 2012

02nd September 2012

03rd Septermber 2012

07th September 2012

07th Septermber 2012

07th September 2012

Taken by: sony ericsson
read more

Tuesday, September 4, 2012

Twitter

Dia penyebab hubungan aku sama electronic diary jadi dingin.

***

Semalam kawan meluahkan masalahnya berkaitan family, kerja, masa depan, etc. Aku diam dan cuba memahami satu persatu. Cuba meletakkan aku di tempatnya. Tapi aku belum kerja, belum faham tentang jerit perih membahagi wang. Sekali lagi, aku cuba membayangkan aku di tempatnya, memakai kasutnya, dan menjalani liku hidupnya. Ah, aku tak pernah menjadi dirinya, tak pernah lalui jalan dia. Sekali lagi, aku gagal memahami. Dan sepanjang penceritaannya, aku hanya mendengar, dan sangat awkward untuk memberi respon. Jadi, aku memilih untuk diam. Sekali lagi di hadapannya, aku gagal. Gagal untuk menjadi kawan yang boleh beri pandangan dan jalan untuk dia bangkit.

Semalam sebelum aku tidur, aku capai phone. Taip sesuatu dan aku berhenti. Aku tekan button back dan pesanan hanya menjadi draft. Pagi ini sekali lagi aku compose text, and backspace backspace backspace.

Kenapa susah sangat?

....aku tak tahu samada dia perlukan nasihat atau dia hanya mahu aku dengar.
read more

Some things that are mean to others might not be mean to us


'Raya tahun ni paling best' -kak za.

Aku diam.
read more

I don’t know how to do it without feeling love,


Should I consider him for marriage if I am not attracted to him?
read more

Monday, August 27, 2012

Opposite Perfection

Aku selalu emo bila sesuatu yang aku mahukan tidak mencapai tahap sempurna.

'Hoi, nothing is perfect'.

Yeah, nothing. Tapi boleh pulak kau definisikan cinta kekasih kau tu sebagai sesuatu yang sempurna, perfect.

'Hurm hurm hurm'.

Jadi, sempurna itu kau sendiri yang tentukan tahap dia. Contoh, kau menganggap raya kau sempurna bila kau ada baju baru, langsir baru, rumah baru, isteri baru, etc. Dan raya itu sempurna pada orang lain bila dapat berkumpul seisi keluarga dan bermaaf maafan.

Itu tiada masalah sebab kau dapat terima tahap kesempurnaan orang lain.

How about opposite perfection?

Dah la..tak yah nak fikir sangat peratus kepuasan hati kau. Buat baik, jangan sakitkan hati orang, savor every moment, istigfar, and sabar bebanyak. Ingat ni,

'You will know you really love someone when you love anything that comes from them, no matter what it is. So, there are things, events, people in your life that Allah has picked out for you.'

So, are you pleased with His choice?
read more

Sunday, August 26, 2012

For the sake of Allah

Boleh tak dalam setiap pilihan yang kau akan buat, kau ambil masa dan berfikir sekejap. Sekejap sahaja.

Kau tanya pada diri,

Kenapa itu yang harus kau putuskan, kenapa, dan kenapa.

Adakah kerana dia lebih dari apa yang ada?

Jika itu membuatkan kau rasa cukup, kau silap. Kau patutnya belajar untuk menjadi tulus di mana

jika tiada satu pun yang mampu puaskan hati kau, kau masih merasa cukup,
jika tiada satu pun yang mampu kau kagum, kau masih merasa cukup,
dan jika tiada satu pun yang mampu kau sanjung lagi, kau masih merasa cukup,

kerana percaya kau pada Tuhan selalu mencukupkan engkau dan pilihan.
read more

Ramadhan

#1 'Pakaian terbaik adalah pakaian taqwa'. Purify our heart with taqwa.
#2 Lowering your gaze
#3 Tekun dan sabar
#4 Control our nafs
#5 Ingat mati
#6 Pardon men
#7 Hasten to forgiveness from Allah
#8 Spend in ease as well as in straitness for the sake of Allah
#9 Swallow your anger
#10
#11 Live with kindness
#12 Fear Allah
#13 Help everybody you can
#14 Mereka adalah ladang pahala di mana terdapatnya ujian, fadhilah, dan barakah
#15 Be you
#16 Forget the past, live in the present
#17 Tell the truth
#18 Always speak a kind words. Always.
#19 Be grateful to both your parents
#20 Enjoin the good and forbid the evil
#21 Choose your influences well
#22 Bear patiently that which befalls you
#23 Let go something for the sake of Allah
#24 Embrace your fears
#25 Be grateful to Allah
#26 Immediately repent to Allah
#27 Remind the purpose you are here
#28 Do good, don't be tired of doing that
#29 Istiqamah istiqamah istiqamah istiqamah
read more

Life is a series of choices, isn't?

Selepas tamat belajar nanti, aku akan berhadapan dengan 3 pilihan:

a)
b)
c)

Sungguh, pilihan itu adalah sesuatu yang sukar. Dan aku hanya boleh memilih satu daripadanya.

'Ketika engkau perlu memilih, pilihlah pilihan yang mendekatkan dirimu dengan Allah'.
read more

Thursday, August 23, 2012

Goodreads

Sungguh, beberapa bulan yang lepas aku amat sukakan apps dia. Malam ini, aku terdelete account nya. Aku sedih tahap aku tak nak cakap dengan sesiapa malam ni. Aku emo. Ahhh, kau tak faham.
read more

Betapa aku seorang manusia yang berdosa,

...
read more

Move On

Kita cakap pada diri, kita tak akan pandang lagi, kita sudah tak peduli.

Esoknya, kita kembali..mungkin pada niat asalnya mahu mengutip memori tapi akhirnya kita dilukai, lagi dan lagi.

Di mana letaknya redha jika semuanya kita tak mampu hadapi dan sesali semua yang terjadi.

Bukan tidak redha, bukan tidak menerima ketetapan,

Cuma kita mahu kekuatan, kekuatan untuk menelan.

#2008
read more

Thursday, August 2, 2012

Semester Lima

#1 Treat people fairly and equally. 

#1 Istiqamah, konsisten.

#2 Be kind to others. Like yourself, everyone is struggling with something in their lives. 

#3 Sabar. Sometimes thing happens without plan. 

#4 Keep believing in Allah. 'Be, and it is'. 

#5 '0.01% is better than 0%', -Fad. 

#6 Allah counts every effort that you put in. Just give the best performance and let Allah decide the results.

#7 A big girl don't cry. 

#7 Don't look back. Life in the present moment. 

#8 Melayani mereka dengan penuh kasih sayang. 

#8 ..dan hendaklah engkau tekun dan sabar menunaikannya. 

#9 Do not stop trying. 

#10 Bersangka baik. 

#10 Keep moving, keep fighting. 

#11 

#12 Give a lot, expect a little. 

#13 Never underestimate the power of doa. 

#14 Focus. 

#14 Have faith in Allah. 
read more

Thursday, July 12, 2012

Keep going

Aku amat berharap suara kejujuran dapat diteruskan di sini untuk tiada apa apa keuntungan, hanya kepuasan .
posted from Bloggeroid
read more

Monday, June 18, 2012

'We always ignore the ones who adore us, and adore the ones who ignore us'.

Karma.
read more

#14

Hati, tolong tabah dan kuat untuk minggu terakhir ini please.
read more

Saturday, June 16, 2012

#13

Minggu 13 pun takde lah tension sangat. Pre-presentation pun cool je.
read more

Thursday, June 7, 2012

#12

Hi. Memasuki minggu ke 12 sangatlah santai. Hanya satu kelas dan submit assignment. Mungkin minggu ke 13, dan 14 nanti tak seperti minggu ni lagi. So, enjoy! :-)

Walaupun sangat santai, aku terlibat dengan produksi filem karah. Agak sibuk di situ dengan aktiviti menjual tiket. Heeee. 

Bye!
read more

Wednesday, June 6, 2012

Argh

Kau pembawa stress.

Kau patut di-remove, dihapus, dan direbus.
read more

Wednesday, May 23, 2012

God knows everything

Melihat setiap aktiviti kebahagian mereka, hati ini tersenyum. Mungkin redha sudah sampai, ikhlas sudah bersedia untuk melepaskan.

Pergi lah.

:-)
read more

Saturday, May 19, 2012

#11

Esok, bermulanya minggu ke sebelas. Fokus untuk test OB and submit chapter 2. Pastu balik rumah, yay!

posted from Bloggeroid

read more

Sunday, May 13, 2012

...

read more

Tuesday, May 8, 2012

Indah

Indah itu kau perlu simpan diam2,
Jangan dibilang orang,
Jangan diheboh semesta.

Simpan ia bebaik,
Demi sebuah redha.
read more

Album

Sangat leka kalau dah masuk ke situ. Bahagia betul.

:-)
read more

Saturday, May 5, 2012

#8


Minggu ni minggu ke #8 dari #14 sesi perkuliahan. Meaning that, dah lebih separuh perjalanan. Seperti semester2 lepas, minggu #1 dah buat review untuk semua subject/code. Tapi takpa lah, better than nothing ye dak?

Ok, we start here. Semester ni ambik 7 code dan aku kategorikan kepada 3; bahasa, membaca, dan project.

Bahasa
BAB 451 (Arabic Language II): Fokus lebih untuk skrip and video. Test and quiz okay je kot.

Membaca
ITS 510 (IT Project Management)
ITS 515 (IT Investment)
ITS 582 (Corporate Strategic Information Systems Planning)
MGT 531 (Organizational Behaviour)
-4 code ni takda review. Baca je. Rajin baca, rajin ulangkaji, and faham semua, Insha Allah tak ada masalah. Eh satu lagi, FOKUS dalam kelas.

Project
ITS 521 (Electronic Commerce Application Development): Kalau semester lepas buat website e-commerce pakai joomla, semester ni pakai PHP. Buat shopping cart, payment semua tu guna php.
CSP 600 (Project Formulation): Dikenali sebagai Final Year Project (FYP). Tak reti nak review pasal code ni. Agak tak enjoy la belajar code ni. Tension je setiap hari selasa. T_T

'These times are hard, but they will past'
read more

Saturday, April 28, 2012

This is how I spent my midterm break!

Sports Carnival at UiTM Shah Alam

The cabin in the woods.

Having a big family dinner at Ikan Bakar Tanjung Dawai

Hand-made by suhana (the biggest lies). Heeee!

Nasi ayam, laksa, and satay together with Chaq, Na, Is, and Rais

Yeah, the lovely treat from Achik. Thanks! I loves them all. :-)

'Do not wait for the perfect moment, make the moment perfect'.
read more

Saturday, April 14, 2012

Rahsia

Aku ikat kemas agar kau tak rasa pahitnya menjadi aku. Aku kunci rapat supaya kau cukup dengan kebahagiaan yang ada, biar tangisnya aku sembunyi jauh2.

Aku tak mahu kau rasa. Hati ini cukup kebal untuk merasa sendiri.
posted from Bloggeroid
read more

Friday, April 13, 2012

Amalan

Aku nak jadikan pekerjaan menulis sebagai amalan sebelum tidur. Sekurang-kurangnya aku hidup di sini.

posted from Bloggeroid

read more

Standing in the eyes of the world

Dia terbawak-bawak sikap perjuangan ke dalam real life. Dia jadikan life sebagai perjuangan iaitu sesuatu yang perlu dinikmati; bukan kau menang kau jaguh, kau kalah kau loser.
posted from Bloggeroid
read more

Gone

Aku tidak boleh diberitahu oleh kawan tentang ketiadaan ibu atau bapa mereka. Perasaan mengasihi aku amat tinggi.

Dan, hati ini menangis.
posted from Bloggeroid
read more

Monday, March 5, 2012

Ramadhan

Sedih bila dapat tau sebulan Ramadhan tahun ni tak bersama family. Kena buat intersesi. :(
read more

Thursday, January 5, 2012

December

Aku tak tulis pape on this month. Peh gila sibuk aku.
read more