Sunday, August 26, 2012

For the sake of Allah

Boleh tak dalam setiap pilihan yang kau akan buat, kau ambil masa dan berfikir sekejap. Sekejap sahaja.

Kau tanya pada diri,

Kenapa itu yang harus kau putuskan, kenapa, dan kenapa.

Adakah kerana dia lebih dari apa yang ada?

Jika itu membuatkan kau rasa cukup, kau silap. Kau patutnya belajar untuk menjadi tulus di mana

jika tiada satu pun yang mampu puaskan hati kau, kau masih merasa cukup,
jika tiada satu pun yang mampu kau kagum, kau masih merasa cukup,
dan jika tiada satu pun yang mampu kau sanjung lagi, kau masih merasa cukup,

kerana percaya kau pada Tuhan selalu mencukupkan engkau dan pilihan.