Sunday, September 23, 2012

People hurt you and leave you but Allah NEVER leave you sayang,


Janganlah fikir orang baik dengan kau bersebab. Kau dapat rasa ke ikhlas hati dia macam mana. Kau tak tahu, entah entah dia yang selalu doakan kau. Orang buat baik dengan kau, alhamdulillah. Orang buat jahat dengan kau pun, alhamdulillah. Jangan letih buat baik. Bukan orang yang perlu balas kebaikan kau, tapi Allah, sebaik baik pemberi ganjaran.

Dah, aku tanak dengar lagi,

'Bila susah je nampak batang hidung, bila senang jangan haraaaaaap!'
'Orang ambik kesempatan'
'Bila buat baik, orang pijak kepala'
'Orang gunakan kau'

Kau nampak orang orang orang orang, sampai kau lupa nak tengok dalam diri kau. Berapa kali kau ambik kesempatan dengan nikmat Allah? Berapa kali kau sakiti Allah? Berapa kali kau tinggal Allah? 

Dan berapa kali Allah tinggal kau? Tak pernah.

Selagi mana kau mengharap balasan, sanjungan, dan penghargaan, selama itu namanya bukan ikhlas.