Tuesday, September 4, 2012

Twitter

Dia penyebab hubungan aku sama electronic diary jadi dingin.

***

Semalam kawan meluahkan masalahnya berkaitan family, kerja, masa depan, etc. Aku diam dan cuba memahami satu persatu. Cuba meletakkan aku di tempatnya. Tapi aku belum kerja, belum faham tentang jerit perih membahagi wang. Sekali lagi, aku cuba membayangkan aku di tempatnya, memakai kasutnya, dan menjalani liku hidupnya. Ah, aku tak pernah menjadi dirinya, tak pernah lalui jalan dia. Sekali lagi, aku gagal memahami. Dan sepanjang penceritaannya, aku hanya mendengar, dan sangat awkward untuk memberi respon. Jadi, aku memilih untuk diam. Sekali lagi di hadapannya, aku gagal. Gagal untuk menjadi kawan yang boleh beri pandangan dan jalan untuk dia bangkit.

Semalam sebelum aku tidur, aku capai phone. Taip sesuatu dan aku berhenti. Aku tekan button back dan pesanan hanya menjadi draft. Pagi ini sekali lagi aku compose text, and backspace backspace backspace.

Kenapa susah sangat?

....aku tak tahu samada dia perlukan nasihat atau dia hanya mahu aku dengar.