Saturday, September 15, 2012

When life knocks me down I always know how to get up,


Di situ tempat terjatuh.

Aku bersumpah untuk tidak pergi lagi buat selama lamanya. Bila munculnya kekuatan, aku pergi. Berdiri di situ dan imbas semuanya. Sakit.

Aku bersumpah kali kedua untuk tidak pergi, mengharamkan kaki untuk memijak. Kekuatan selalu datang dan aku pergi. Melawat kisah lama lalu hati berkecil. Memujuk untuk kembali tanpa menjengah lagi.

Hati,

selama mana ia tidak terhapus, aku akan sentiasa pergi. Mengapa kau perlu berkecil sedang aku kuat untuk hadapi?

Engkau kasihan aku, aku tahu.