Saturday, October 27, 2012

"Bila hamba-hambaku bartanya engkau tentang Aku wahai Muhammad, maka sesungguhnya Aku dekat"

Bila kita mengecewakan dan melukakan seseorang, kita takut untuk berhadapan dengannya. Kita lari sejauh mungkin. Kita bagai mahu ulang semula, dan jalani hidup tanpa mengecewakan, tanpa melukakan. Dalam hati meronta memohon maaf dengan kesilapan yang kita lakukan, tapi sebenarnya kita takut. Takut untuk tidak diterima lagi. Takut keadaan tak seperti dulu lagi. 

Fitrah manusia, kita malu untuk berhadapan.

Begitu juga halnya apabila kita melakukan dosa terhadap Allah. Kita malu, kita takut, kita bimbang, kita rasa Allah tak nak terima kita lagi. Kita rasa pelbagai.

Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

***
Tertanya, bagaimana mahu kita katakan dosa kita lebih besar hingga takut untuk sujud padaNya sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah itu lebih besar daripada dosa dosa kita?

Allah kasih kita, Allah sayang kita. Mungkin esok kita akan pergi. Cukupkah amalan kita?

:'(

Contohi anak kecil, pelbagai kesilapan dibuatnya; ditumpahkan air, dicontengnya dinding, dipecahkan pinggan mangkuk. Kita sebagai ibu, adakalanya kita marah kerana kita kurang sabar atau mungkin kita letih. Tapi hakikatnya kita sayang. Dan apa reaksi anak kecil bila kita memarahinya? Tetap datang pada kita walau dalam keadaan tangisan bersalah.

Jika seorang ibu boleh bersabar, apakah kamu tidak merasakan Allah lebih sabar dengan kita? 

Jika seorang ibu kasihkan anaknya, apakah kamu tidak merasakan Pencipta ibu itu sendiri lebih bersifat mengasihi?

Wahai diri yang berdosa, 

apabila kita melakukan kesilapan, ingatlah Allah. Bergesalah kita memohon ampun dariNya apabila tersedar melakukan silap. Kita manusia, kita cepat terlanjur; buruk sangka, cemburu, cepat marah, etc. Buang malu, sujud padanya, mohon keampunan. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Ulangi proses ini hingga akhir hayat kita. Jangan biar bisikan iblis terus menjauhkan kita dengan Allah. Moga taqwa milik kita.

Jika kamu mecari Dia, Dia takkan sia-siakan pencarianmu. Yakinlah, percayalah.

read more

Thursday, October 25, 2012

Sampaikanlah,Sampaikanlah, Sampaikanlah..

Salaam 9 Zulhijjah & Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa sunat hari ini.. Ambil lah sedikit masa hari ini untuk membaca, khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W disampaikan pd 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :-

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam bertaqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi nabi atau rasul akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesunggunhya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAH ku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..."
read more

Wednesday, October 24, 2012

Dari setiap hamba, Dia pilih kau.

Bagaimana mahu aku gambarkan anugerah itu.

Terkedu. Insaf.

***
Ketika dia perlu memilih wanita, harta, dan dunia.. dia pilih Allah. Dia percaya dan yakin, taqwa satu satunya jalan yang bahagia-abadi.

Lalu digoncangkan dia dengan ujian; dihilangkan isteri tercinta. Cerita tidak lagi seperti semalam tanpa hawa yang melengkapkan.

Namun mujahid tetap berpegang pada Tuhannya. Menggantungkan sepenuhnya pengharapan pada Allah. Percaya bahawa semuanya pinjaman yang bersifat sementara, tidak kekal.

Hilang berganti.

Ujian tidak pernah putus; hanya untuk mengangkat martabatnya sebagai hamba. Kuncinya taqwa. --Dijemputnya anak yang dikasihi untuk berada di pintu syurga. Hilang buat kesekian kalinya. Dirinduinya setiap malam sebagai teman tidur, ditangisi bila bayangan itu hadir. Allah,

'Aku sudah tiada apa apa, semuanya milik Kau, aku hanya ada Kau yang sentiasa ada; wujjud'.

Kasih, Allah bersama orang orang yang sabar. Sabar itu manis kerana buah sabar jauh lebih manis.

Kuantan, 24 Oktober 2012.
posted from Bloggeroid
read more

Sunday, October 21, 2012

T_T

Aku tak tau nak sambung belajar ke tak. Kalau aku sambung pun, aku tak tau samada aku cuba penuhkan impian aku atau impian mak. Aku tak tau nak jadi apa sekarang ni. Letih tau tak belajar sesuatu yang kau tak suka..

***
Patutnya minggu ke 5 hari tu aku balik. Refresh balik, ambik semangat baru kat rumah. Esok test, and aku takda mood langsung nak study. Huarggghhh

***
Aku tahu aku letih. Palat cemana pun hari ni, aku kena hadapi.

***
Keh keh keh. Dah lepas pun. 
read more

Friday, October 19, 2012

Friday; 6

Mari kita berhenti mengeluh dan lihat keajaibannya.

Moga Allah sayang kita.

:-)
read more

Wednesday, October 17, 2012

...

Tadi, aku sedar tentang sesuatu. Kelemahan tentang perkara yang tidak membawa kebaikan. Fikir aku, aku harus tinggalkan tapi ada sesuatu yang aku masih mahu pegang.

Jadi, aku hanya pegang. Langsung tidak membuang.

Pegang dengan cara berbeza. Aku akui, aku masih membenci sebilangan manusia. Maka, mana mungkin keseluruhan manusia akan sukakan aku. Usah sanjung dan junjung, aku tidak perlu. 

Di sini, ada sekumpulan manusia kecil. Ternyata mereka kerdil, terlalu kerdil dengan Tuhan mereka. Biarpun mereka tidak seperti kau, kau, dan kau, aku cukup.

Sekali lagi, aku mahu beritakan secela mana aku, aku tidak minta sebahagian kau untuk ditampalkan. Sumpah, aku tidak perlu.
read more

Sunday, October 14, 2012

Sampai bila?

:)

Sementara, hanya sementara.

Gantunglah pada yang kekal, yang tidak pernah hilang, yang takkan mati.
read more

Saturday, October 13, 2012

Anisshah, Alia, and Boboi









Date: October 3rd-7th, 2012
Location: Setapak, Petaling Jaya, KL Festival City
read more

Wednesday, October 10, 2012

Busy

-Tak sempat lipat kain baju
-Meja study berselerak
-Baju di iron < 30 minutes before class (kadang tak iron)
-Jarang masuk dapur
-Bil belanja bulanan yang tinggi
-Sleep cycle tunggang langgang
-Lupa nak topup
-Tak banyak cakap
-Tak reblog tumblr
-Sleepless
-Restless


"Blessed is the man who is too busy to worry in the daytime and too sleepy to worry at night. Keep busy with your deen"
read more

Sunday, October 7, 2012

We spend 61,440 hours to build another people's dream,

Aku takut tergelincir. Sungguh, aku takut.

posted from Bloggeroid

read more

5 days,

Kosong.

Ini yang buat aku risau.

Tapi takpa lah, aku dah tukarkan dengan sesuatu.

posted from Bloggeroid

read more