Saturday, October 27, 2012

"Bila hamba-hambaku bartanya engkau tentang Aku wahai Muhammad, maka sesungguhnya Aku dekat"

Bila kita mengecewakan dan melukakan seseorang, kita takut untuk berhadapan dengannya. Kita lari sejauh mungkin. Kita bagai mahu ulang semula, dan jalani hidup tanpa mengecewakan, tanpa melukakan. Dalam hati meronta memohon maaf dengan kesilapan yang kita lakukan, tapi sebenarnya kita takut. Takut untuk tidak diterima lagi. Takut keadaan tak seperti dulu lagi. 

Fitrah manusia, kita malu untuk berhadapan.

Begitu juga halnya apabila kita melakukan dosa terhadap Allah. Kita malu, kita takut, kita bimbang, kita rasa Allah tak nak terima kita lagi. Kita rasa pelbagai.

Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya". (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

***
Tertanya, bagaimana mahu kita katakan dosa kita lebih besar hingga takut untuk sujud padaNya sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah itu lebih besar daripada dosa dosa kita?

Allah kasih kita, Allah sayang kita. Mungkin esok kita akan pergi. Cukupkah amalan kita?

:'(

Contohi anak kecil, pelbagai kesilapan dibuatnya; ditumpahkan air, dicontengnya dinding, dipecahkan pinggan mangkuk. Kita sebagai ibu, adakalanya kita marah kerana kita kurang sabar atau mungkin kita letih. Tapi hakikatnya kita sayang. Dan apa reaksi anak kecil bila kita memarahinya? Tetap datang pada kita walau dalam keadaan tangisan bersalah.

Jika seorang ibu boleh bersabar, apakah kamu tidak merasakan Allah lebih sabar dengan kita? 

Jika seorang ibu kasihkan anaknya, apakah kamu tidak merasakan Pencipta ibu itu sendiri lebih bersifat mengasihi?

Wahai diri yang berdosa, 

apabila kita melakukan kesilapan, ingatlah Allah. Bergesalah kita memohon ampun dariNya apabila tersedar melakukan silap. Kita manusia, kita cepat terlanjur; buruk sangka, cemburu, cepat marah, etc. Buang malu, sujud padanya, mohon keampunan. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Buat silap, mohon ampun. Ulangi proses ini hingga akhir hayat kita. Jangan biar bisikan iblis terus menjauhkan kita dengan Allah. Moga taqwa milik kita.

Jika kamu mecari Dia, Dia takkan sia-siakan pencarianmu. Yakinlah, percayalah.