Wednesday, October 24, 2012

Dari setiap hamba, Dia pilih kau.

Bagaimana mahu aku gambarkan anugerah itu.

Terkedu. Insaf.

***
Ketika dia perlu memilih wanita, harta, dan dunia.. dia pilih Allah. Dia percaya dan yakin, taqwa satu satunya jalan yang bahagia-abadi.

Lalu digoncangkan dia dengan ujian; dihilangkan isteri tercinta. Cerita tidak lagi seperti semalam tanpa hawa yang melengkapkan.

Namun mujahid tetap berpegang pada Tuhannya. Menggantungkan sepenuhnya pengharapan pada Allah. Percaya bahawa semuanya pinjaman yang bersifat sementara, tidak kekal.

Hilang berganti.

Ujian tidak pernah putus; hanya untuk mengangkat martabatnya sebagai hamba. Kuncinya taqwa. --Dijemputnya anak yang dikasihi untuk berada di pintu syurga. Hilang buat kesekian kalinya. Dirinduinya setiap malam sebagai teman tidur, ditangisi bila bayangan itu hadir. Allah,

'Aku sudah tiada apa apa, semuanya milik Kau, aku hanya ada Kau yang sentiasa ada; wujjud'.

Kasih, Allah bersama orang orang yang sabar. Sabar itu manis kerana buah sabar jauh lebih manis.

Kuantan, 24 Oktober 2012.
posted from Bloggeroid