Friday, November 30, 2012

Ikhlas, Telus

Aku harap kau tiada apa apa buat masa sekarang dan lihat siapa di sisi kau, juga lihat siapa yang menjauhi kau atas nama kekurangan.

..supaya nanti bila kau punya segala kau boleh lihat siapa masih di sisi kau, juga kau boleh lihat orang yang menjauhi itu merangkak mendatangi kau atas nama kelebihan.
read more

Dear love,

I leave you free to be yourself, to think your thoughts, follow your inclination, behave in ways you decide are to your liking, you have that freedom and you have my love in the process.
read more

Thursday, November 22, 2012

Leadership kot

Untuk event yang bakal berlangsung sabtu ini, aku sedikit bimbang. Ianya event besar yang melibatkan orang luar. Lebih 40 pasukan menyertai event ini.

Pertamanya, aku nak cakap mengenai leadership; kepimpinan. Asas yang paling asas kau kena tahu adalah how to deal with people. Ini yang aku perati dalam kalangan team aku. Ada yang bagus, ada yang fail. Sebab paling utama fail --emosi.

Keduanya sikap kerendahan diri kau. Ingat, kau satu team. Takde istilah president buat kerja top management, ahli ahli buat kerja bawahan. No, sama sama buat. Jadi bila semuanya kau mind set kan, "kita akan sama sama pesan memesan ingat mengingat", takde keadaan di mana kau kecik hati bila members of the team tegur/cadang/arah kau.

Ketiga, perlu ada ihsan atau dalam erti kata lain, doing the best.

All in all, kau tak boleh elak berjumpa dengan ragam manusia yang tah-pape-yang-nak-ikut-kepala-dia-je. Pesan aku, be cool. Bukan selalu jumpa orang cenggini, istimewa kot hahahaha.

Dah, tido dulu. Bye
posted from Bloggeroid
read more

Wednesday, November 21, 2012

Hell

Aku nak cakap sikit pepagi buta ni yang tak semua author buku tu pandai nak organize. Idea, fakta, pengolahan, siap contoh semua memang terpuji. Knowledgeable. Bab nak organize, nak bagi orang senang faham flow dia, memang fail. 

Aku bebel ni sebab kerja yang aku patut siap sejam dua dah makan masa berbelas belas jam tau takkk.
read more

Tuesday, November 20, 2012

Swallow your anger,

Perkara yang aku sedihkan, aku gagal mengawal marah. 

Itu kegagalan pertama aku di tahun baru ini; hanya kerana aku sedang lapar dan ada manusia cari pasal. 

Kegagalan kedua, aku gagal mengawalnya apabila situasi aku tidak difahami dengan baik. "Hoi, kau tahu tak apa yang aku buat!! takkan semua aku nak kena bagitau!! so boleh faham tak keadaan orang cemana?!! lain kali tanya dulu sebelum nak blame orang itu ini!!".

Menyesal.
read more

Pui

Sampai satu masa, pegangan kau mula kabur. Aku letih membaca pendirian samar yang kau perjuangkan. 

Aku benar benar letih.

Keliru.
read more

Cari aku segera,

Di mana kamu yang boleh aku borakkan tentang fakta,
Di mana kamu yang boleh aku ceritakan kisah kisah anbiya',
Di mana kamu yang boleh aku bahaskan idea idea,
Di mana kamu yang boleh aku bongkarkan semua rahsia,
Di mana kamu yang boleh menyuap aku ilmu senantiasa,
Di mana kamu yang boleh aku hadam semua sengsara,
Di mana kamu yang boleh aku jalani hidup bersama,

Di mana kamu wahai kasih.
read more

Monday, November 19, 2012

5 more weeks to go,


Seperti semester empat dan lima, aku ada buat review. Semester tiga aku tak buat sebab semuanya fully organized, terancang, dan strategik; bukti boleh dilihat pada entri januari, februari, mac, april, dan may 2011. Pertama kali aku rasa kagum dengan penulisan jujur aku. Kedua, hampir kesemua lesson learned daripada aku belajar secara tacit knowledge and explicit knowledge dicatat dengan rapi. Thanks amalina untuk semua usaha itu, aku dapat rasa manisnya. :-)

Untuk semester enam atau yang terakhir, aku ambik 5 subject yang boleh aku kategorikan kepada 3 part.

1. Project (CSP 650)
Selalu serabutkan aku sebab dia 6 credit hours which kalau dapat A+, cgpa aku akan melambung tinggi and kalau aku fail, cgpa aku akan merudum jatuh sebawah bawahnya. Bersyukur dua perkara tentang subject ini, 1. aku dapat supervisor yang sangat cool yang TAK PERNAH bagi tekanan kat aku (tapi dia dah nak pindah bulan 12 ni, so aku taktau nasib aku cemana nanti apabila diserahkan ke mana mana supervisor). 2. aku dapat client yang sangat supportive, aku boleh call tanya apa lagi requirements yang dia nak bebila masa unlike some of friends sangat susah nak berhubung dengan client masing masing.

2. Perlu study (MATH 422, ITS 610)
-Math logic, tak study memang boleh fail
-Ethics tu boleh la goreng sikit sikit, but have to know some facts

3. Rilek (BAB 501, ITS 544)
Doesn't mean tak bukak buku langsung untuk kedua dua subject ni, just macam rilek. Pergi kelas pun rilek je hehehe. Thanks for these lecturers yang sangat cool. Serius aku suka lecturer cenggini. Kita rilek tak semestinya kita tak belajar, tapi lebih effective cara belajar tu just because we found joy in learning. ;-)

Tu je kot untuk semester-tabah-cekal ini. Moga dipermudahkan semuanya.

"The moment when you want to quit, is the moment when you need to keep pushing".
read more

*

Aku cari jiwa tapi tak jumpa.

Jadi, setiap ketika bila mana jiwa itu datang, bergegas aku menulis. Aku mahu setiap tulisan sentiasa ada jujur. Jujur dari hati.

Tadi tengah mandi kemain lagi idea aku. Mengadap je laptop, habuk.

Pfft!
read more

Monday, November 12, 2012

:'(

Ikut hati,
Mahu rajuk ini aku bawa hingga tiada penghujungnya.
Ikut hati,
Mahu sedih ini aku pendam hingga akhir usia.

Tapi tiada daya,
Sayang aku melebihi segala.

"Part of righteousness towards your parents is learning to forgive them when you feel they have wronged you". -AbdulBary
read more

Sunday, November 11, 2012

Di saat kamu buntu dan tiada jalan keluar,

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya", (Surah At-Thalaq: 2-3)

Siapa orang yang bertaqwa?


read more

Saturday, November 10, 2012

Hadiah harijadi,

Thanks kawan. :-)
read more

Friday, November 9, 2012

...

A: Serius aku suka mentality mereka, cara mereka berfikir, kreatifnya pemikiran mereka, dan aku kagum dengan semuanya yang berkaitan semangat, jiwa, dan pemikiran mereka.

B: Aku hanya kagum dengan semangat mereka.

Maha Suci Tuhan yang menciptakan mereka; A & B.

A: Aku agak sedih apabila ianya berkaitan dengan attitude, akhlak. Mungkin dengan nikmat "bijaksana" itu telah mengangkat martabat sehingga mereka lupa niat asal mereka.

B: Mereka bertanggungjawab terhadap sesama manusia tapi mereka lupa tanggungjawab pada Pencipta.

Maha Suci Tuhan yang lebih mengetahui keikhlasan hambaNya; A & B.

Masing masing berjuang membuktikan mereka lebih suci. Masing masing mahu diri dikenali. Masing masing dengan agenda sendiri.

Sedih.
read more

Thursday, November 8, 2012

There is a time,

Akan ada satu waktu tu,

Aku tak mengantuk sangat pun, tapi aku nak tido. Badan tak letih pun, tapi aku nak tido. Aku dah tak buat benda lain. Tido, bangun, tido, bangun.

Aku benci dengan waktu begini.. sebab akan buatkan aku kasihan pada diri.

Sunyi.


posted from Bloggeroid
read more

Saturday, November 3, 2012

Aku nak menang RM300 hahaha

Last aku tahu pasal diri aku pada 2007. Itu pun time orientation week. Menurut personalitiy test yang aku ingat, "I like to deal with people", "I am natural leader". Aku percaya dan aku pegang sampai hari ni bahawa aku ni takde masalah dengan orang. Aku boleh communicate dengan bagusnya, aku boleh faham orang, aku adalah orang yang boleh terima apa saja perangai orang. Itu 2007, 2008 punya cerita.

Hari ni, 2012

"Being a shy, quiet and reserved person, Ms Amalina prefers her own company and feels awkward when meeting people for the first time. In social gatherings, she tends to stay in the background."

Aku dah berubah.

"Ms Amalina is not one who prefers strong or deep bonds, and avoids close interpersonal relationships. She is reluctant to form attachments, preferring to keep people at a distance. She prefers relationships to remain casual and superficial. Less trusting."

Aku susah nak suka orang.

"Ms Amalina is selective in lending support to others. She often remains detached and unsympathetic. Ms Amalina may not regard the welfare of another person as the most important aspect of their relationship. She is not likely to want to be involved in the problems of others unless necessary."

Mungkin betul cakap farhan, aku selfish, tak pandai ambik hati orang, bla bla bla.

Whatever.

p/s: nak try personality test ni tak? Bak email cepaaat, 
read more

Friday, November 2, 2012

Alhamdulillah, 7 more weeks to go.

#1. Keep calm. everything gonna be okay.
#2. Keep praying
#3. Your thoughts became things
#3. Know what you want; ask, believe, and receive
#4. -1 + -1 = -2
#5. Optimist
#6. Stay strong, keep moving
#7. Savor every moment
read more

Midterm Break



       

     
read more

Choose your influence well

Kehadapan generasi Y,

Cemana aku nak cakap ah. Camni, kau pergi log in semua account yang kau ada sekarang:

Email: kalau kau ada banyak email, asingkan menjadi email rasmi dan tidak rasmi supaya kau tahu which inbox yang harus kau pentingkan.

Facebook: kau add yang baik baik. kau subscribe yang baik baik. kau hide semua feeds yang nonsense, jiwang meleleh, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, 24/7 attention seeker, dan seangkatan dengannya. ("kenapa nak hide? unfriend kan lagi senang". boleh, just in case kalau kau nak jaga hubungan). Join group group yang boleh kau kenal potensi/jiwa kau, yang boleh bimbing kau, yang boleh bagi kau ilmu, etc. kategori kan friends (yang kau mau ambik peduli) mengikut list. Contoh, list "family", "lecturer", "ambik tauu", dan lain lain. Yang dah ada group, tak payah la nak list jugak.

Twitter: kau follow yang baik baik supaya timeline kau selalu mengalir kebaikan bukan caci maki dan sampah. tweet yang baik baik, tweet yang datang dari jiwa. retweet yang baik baik.  follower, kau takde hak nak control.

Tumblr: follow yang baik baik; bila ketika kau ada masalah, kau perlu someone untuk up kan kau, tumblr always there (dengan syarat kau follow yang baik baik). senang cakap, orang takkan faham kau.

Blog: tulis yang tulus dari hati kau.

The point is, whatever web or technologies that you use, suap hati dan akal yang baik baik, yang positif. Baik atau buruk, kau pilih.

*baik baik merujuk kepada
1. yang mendekatkan kau dengan Allah
2. yang boleh mengingatkan kau pada Allah
3. yang boleh buatkan diri kau menjadi lebih baik
4. yang boleh buat kau bahagia
5. yang boleh memotivasikan kau
6. yang boleh buatkan kau merasa cukup apa ada

Gen Y adalah generasi digital di mana masyarakat atau komuniti kanan dan kirinya adalah berdasarkan teknologi (digital). Untuk lebih memahami, 
read more