Tuesday, November 20, 2012

Cari aku segera,

Di mana kamu yang boleh aku borakkan tentang fakta,
Di mana kamu yang boleh aku ceritakan kisah kisah anbiya',
Di mana kamu yang boleh aku bahaskan idea idea,
Di mana kamu yang boleh aku bongkarkan semua rahsia,
Di mana kamu yang boleh menyuap aku ilmu senantiasa,
Di mana kamu yang boleh aku hadam semua sengsara,
Di mana kamu yang boleh aku jalani hidup bersama,

Di mana kamu wahai kasih.