Tuesday, January 29, 2013

Life is a series of choices, isn't? (ii)

Ogos tahun lalu aku ada senaraikan 3 pilihan yang aku perlu pilih pada masa ini.

a) kereta
b) umrah
c) eropah

Dan aku juga ada katakan

"Sungguh, pilihan itu adalah sesuatu yang sukar. Dan aku hanya boleh memilih satu daripadanya. Ketika engkau perlu memilih, pilihlah pilihan yang mendekatkan dirimu dengan Allah".

Dengan masa, pilihan berubah. Ada sesuatu yang lebih penting untuk aku fikirkan.

a) bekerja
b) sambung belajar
c) plkn

Kedua dua set pilihan pada siri masa yang berbeza aku susun mengikut priority.

Besarkan skop, pandang lebih jauh. 

Sungguh, apabila kau punya tiga jalan yang masing masing kau tidak tahu impak, jalan cerita mahupun kesudahannya, ianya amat merunsingkan.

Jangan pernah lupa untuk memohon,

"bimbinglah aku dalam membuat setiap keputusan".

Dan apabila kau telah putuskan sesuatu,

"berikanlah kebaikan ke atas setiap keputusan yang telah aku ambil".

Paling penting, kau merasa selesa di atas setiap pilihan --tiada ragu, pilihan yang diambil diredhai Allah, dibergantung atas setiap satunya pada Allah, dan diserahkan semuanya pada Allah.