Wednesday, January 16, 2013

Say good or be silent,

Pernah tak ada kawan yang selalu conclude apa yang kau cakap.

"Oh, sebenarnya kau nak cakap kau terer la kan?"
"Oh, sebenarnya kau nak cakap kau lah yang buat semua ni?"
"Oh, sebenarnya kau nak cakap kalau takde kau, memang tak jalan la kan?"

That's a good friend. Dia secara tidak sedar telah mengemaskini niat kau, dan pada hakikatnya itulah apa yang cuba kau kedepankan. Kau mahu dilihat sebagai seorang wira dalam apa jua keadaan. Kau mahu disanjung. Kau mahu perhatian.

Sebab itu sebelum bercakap, fikir.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata istigfar bebanyak.