Friday, February 22, 2013

Officially Graduated

Amboi, indah betul perasaan ini --perasaan di mana sama seperti menewaskan 10 pro gamers. Ihiks.
The result was published on February 15, 2013 and I am officially graduated! :)
read more

Monday, February 11, 2013

Deco 2.0 (ii)

Rekayasa : penerapan unsur unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan mekanisme kerja dan lain lain sebagai asas untuk melaksanakan sesuatu.

Spekulasi : pendapat tanpa fakta

Ilmu keibubapaan : pengetahuan yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak anak dalam hal dunia, akhirat, zahir, dan batin.

YB Menteri kedua (Azlan) : ....walaupun ilmu keibubapaan merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat namun peranannya dalam pembentukan asas perpaduan amatlah besar. Cuba kita bayangkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim yang kukuh lagi tegap ini sebagai perpaduan yang erat tetapi jika satu tiang kita patahkan sudah pastilah dewan yang tersergam ini akan roboh menyembah bumi.

Pembangkang : Izin laluan yang berhormat...

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Kedah, 2006.

p/s: berharap akan menemui nota nota seterusnya. ahhhh menyesal dulu tak simpan bebaik.
read more

Deco 2.0


Ketika leka mengecat tadi, aku terperasaan sesuatu tentang "passion" di mana berjuta kali kau ulang sekalipun kau takkan temui jemu.

Cooking
Grocery Shopping
Bedroom Decorating
Reading
Teaching

So which one you prefer the most? Urmmm *thinking and trying to put in priority*

1. cooking, grocery shopping, room decorating, reading, teaching

Sorry, no priority for them. Masing masing punya keghairahan dan horny nya yang tersendiri.
read more

Here's to the kids who cheer for a little things in life,


Jika kau sedang menghuni dunia yang tiada bosan, kau akan tahu betapa powernya kata kata

"there's always something to do, always."

read more

Wednesday, February 6, 2013

"We cannot undo the past, but we can change the present"

Setiap kali aku diadukan atau diceritakan tentang hal sahabat-kawan-rakan seumpama ini, aku akan rasa sesuatu yang "alahai sayangnya..." apabila cerita itu ditamatkan dengan tiada persefahaman, tidak bercakap, bermasam muka, dingin, perang mulut, dendam, dan sebagainya.

Sungguh, sayang sekali..

Memang kau boleh hidup dengan bahagianya, memang kau capai apa sahaja, memang kau boleh, kau boleh untuk semuanya, --tanpa kawan yang seorang itu.

Tapi kenapa perlu ada ruang gelap dalam hati untuk seorang yang pernah menolong kau? 

Aku tidak mahu cerita bagaimana mahu baiki hati kau yang telah dihancurkan itu. Aku tidak mahu baiki mana mana bahagian, kerana hanya kau tahu bagaimana ia boleh ditampal dan dijahit semula. Hanya kau tahu betapa ia dihancurkan, dan hanya kau tahu berapa besar kemaafan dan redha yang perlu kau beri. 

Cuma,

Aku mahu beritahu bagaimana untuk kau telan dan lalui sekiranya kau berhadapan dengan satu peristiwa yang bakal menjarakkan kau dengan seorang sahabat, kawan, mahupun rakan.

1. Kenang kembali semua kebaikan yang telah dia beri pada kau. Adilkah membenci dia dengan hanya 1 kejahatan sedangkan masih ada 9 kebaikkannya yang telah dia beri?

2. Ketika marah dan benci memuncak, istigfar dan sentiasa ingatkan diri, "ini kerja setan, ini kerja setan". Sungguh, dia amat licik dalam memecahbelahkan manusia. Dia sentiasa mencari ruang dalam setiap api kemarahan, lalu dia marakkan api tersebut dengan buruk sangka.

3. Fahamilah hakikat bahawa amat sukar untuk menemui seorang kawan yang betul betul kawan.

"If you have ever lost someone very important to you, then you already know how it feels; and if you haven't, you cannot possibly imagine it"
read more

Tuesday, February 5, 2013

Kau letak satu garis untuk menemui standardisasi yang kau sendiri ciptakan.

Kau siapa?
read more

2013

February, March, April, May, June, July, August, September, October, November, December.

Nampak mudah dan selesa tapi sangat mendebarkan.

read more