Wednesday, February 6, 2013

"We cannot undo the past, but we can change the present"

Setiap kali aku diadukan atau diceritakan tentang hal sahabat-kawan-rakan seumpama ini, aku akan rasa sesuatu yang "alahai sayangnya..." apabila cerita itu ditamatkan dengan tiada persefahaman, tidak bercakap, bermasam muka, dingin, perang mulut, dendam, dan sebagainya.

Sungguh, sayang sekali..

Memang kau boleh hidup dengan bahagianya, memang kau capai apa sahaja, memang kau boleh, kau boleh untuk semuanya, --tanpa kawan yang seorang itu.

Tapi kenapa perlu ada ruang gelap dalam hati untuk seorang yang pernah menolong kau? 

Aku tidak mahu cerita bagaimana mahu baiki hati kau yang telah dihancurkan itu. Aku tidak mahu baiki mana mana bahagian, kerana hanya kau tahu bagaimana ia boleh ditampal dan dijahit semula. Hanya kau tahu betapa ia dihancurkan, dan hanya kau tahu berapa besar kemaafan dan redha yang perlu kau beri. 

Cuma,

Aku mahu beritahu bagaimana untuk kau telan dan lalui sekiranya kau berhadapan dengan satu peristiwa yang bakal menjarakkan kau dengan seorang sahabat, kawan, mahupun rakan.

1. Kenang kembali semua kebaikan yang telah dia beri pada kau. Adilkah membenci dia dengan hanya 1 kejahatan sedangkan masih ada 9 kebaikkannya yang telah dia beri?

2. Ketika marah dan benci memuncak, istigfar dan sentiasa ingatkan diri, "ini kerja setan, ini kerja setan". Sungguh, dia amat licik dalam memecahbelahkan manusia. Dia sentiasa mencari ruang dalam setiap api kemarahan, lalu dia marakkan api tersebut dengan buruk sangka.

3. Fahamilah hakikat bahawa amat sukar untuk menemui seorang kawan yang betul betul kawan.

"If you have ever lost someone very important to you, then you already know how it feels; and if you haven't, you cannot possibly imagine it"