Saturday, March 30, 2013

.

1. Mengejar kerana keadaan - kawan, tuntutan masyarakat, trend, self actualization needs (what a man can be, he must be), dan apa saja keadaan yang buatkan kau membandingkan hasil dengan manusia lain.

2. Mengejar kerana matlamat (goal). Ianya lebih menuntut kau mempunyai passion. Ah, tak kisah lah berapa lama harus kau bersabar dan berusaha, kau masih-tetap-mahu, masih berdegil mahukan itu. Dan di penghujungnya kau membandingkan hasil dengan matlamat kau sendiri, yang sama sekali mengetepikan soal manusia lain. 

Kau jenis yang bagaimana?

"When a goal matters enough to a person, that person will find a way to accomplish what at first seemed impossible". -Nido Qubein
read more

Thursday, March 28, 2013

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka,

Dalam sebulan itu akan ada beberapa hari yang kau takkan faham tingkah dan perilakunya.

Ketahuilah di sebalik muka bengis, seluruh anggotanya lemah.

Lemah pada fizikal tapi emosinya terlalu kuat.

Tidak perlu difahami tentang semuanya. Jagalah dia, kasihi sebaiknya, layan selayaknya kerana dia seorang wanita.

Hanya beberapa hari anehnya, Hanya beberapa hari peliknya.

Hanya dalam sesuatu tempoh.

Tempoh sakit.
read more

Wednesday, March 27, 2013

My Det


read more

Sunday, March 24, 2013

Deco 2.0 (iii)

Sambungan Deco 2.0 (ii),

Perdana Menteri (Amira): Ilmu keibubapaan asas perpaduan masyarakat atas rasional ilmu keibubapaan menjadi tapak mula kepada seseorang anggota masyarakat mendominasikan nilai-nilai perpaduan. Premis ini berdasarkan hujah bahawa ibubapa ialah unit terkecil dalam satu-satu bangsa yang menjadi asas pembentukan masyarakat supaya bersatupadu. Pendek kata Tuan Yang Dipertua, kukuh perpaduan keluarga.. kukuhlah perpaduan bangsa, runtuh perpaduan keluarga.. runtuhlah perpaduan masyarakat dan bangsa.

Tuan Yang Dipertua,

Dato' Mohd Tahir Ramly, Konsultan Yayasan Dakwah telah menyatakan bahawa masyarakat runtuh disebabkan anggotanya mengamalkan sikap individualistik dan ianya tersebar ke seluruh dunia. Dalam keadaan ini, amat sukar untuk kita wujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu Tuan Yang Dipertua, ilmu keibubapaan memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dengan secukupnya. Fakta kes pertama yang menyokong hujah ini ialah pengetahuan ibubapa yang mendalam tentang didikan agama. Hal ini adalah kerana pendidikan agama adalah teras dalam pembentukan corak pergaulan anak-anak. Tambahan lagi dalam situasi kini Tuan Yang Dipertua, terdapat anasir-anasir luar yang dapat memecahbelahkan perpaduan masyarakat tetapi dengan adanya pengetahuan yang mendalam tentang selok belok perpaduan yang berasaskan didikan agama, ianya mampu untuk menangkis ancaman ini.

Tuan Yang Dipertua,

Fakta kes kedua yang menyokong hujah.....

***

Sampai di sini saja kisah deco. Patutnya aku upload gambar sebelum dan selepas deco, tapi aku ceritakan nota yang aku temui herherher.

Kontrak deco aku akan berakhir hujung mac ini yay!
read more

Sunday, March 10, 2013

Happiness consists not in having much, but in being content with little.

Date : March 6th, 2013
Time : 6pm
Location : Pantai Murni

Living life - as long as you love what you do.

Punya ibu, ayah, adik adik, dan dapur yang sempurna. Itu sudah cukup baginya. Bukan object yang melengkapkan tapi jiwa yang membahagiakan -

yang sentiasa mengingatkan perhambaan pada tuhan,
yang sentiasa ada dalam susah senang,
yang sentiasa rai untuk setiap kemenangan,

maka memang selayaknya kamu bahagia dengan kecukupan itu.
read more

Friday, March 1, 2013

Why do we hate those who love us?

Dia memohon maaf dengan apa yang terjadi.

Mahal harga untuk satu keampunan.

***

Tadi semasa menolak troli, aku terfikirkan - mengenai sebatang kara dan kehidupan sunyinya. Kalau tidak kerana sensitiviti hak yang diperjuangkan, sudah tentu troli lebih laju mengambil apa saja dan kegembiraan untuk setiapnya pasti jelas.

Tapi, hambar itu terasa.

***

MPH. Quiet, English FE, Jebe The Super-Morpher, and Manzil Resam Uthmani.

Dan aku tukarkan semuanya dengan 2 voucher.

Berjam memilih buat aku lupa seketika. Dan mungkin aku perlu manfaatkan setiap satu untuk aku lupa dengan banyaknya. Dan apabila ia kembali, aku perlu habiskan apa ada lalu memasuki dunia - melupai selamanya.

***

Aku minta supaya didoakan setiap kali lepas solatnya.
Aku mengadu setiap kali dibebelkan.
Aku minta dibelanjakan.
Aku cerita semua kebencian, kesukaan.

Aku boleh terima semua.

Tapi tidak untuk satu hubungan.


"We accept the love we think we deserve", -Perks of Being Wallflower
read more