Sunday, March 24, 2013

Deco 2.0 (iii)

Sambungan Deco 2.0 (ii),

Perdana Menteri (Amira): Ilmu keibubapaan asas perpaduan masyarakat atas rasional ilmu keibubapaan menjadi tapak mula kepada seseorang anggota masyarakat mendominasikan nilai-nilai perpaduan. Premis ini berdasarkan hujah bahawa ibubapa ialah unit terkecil dalam satu-satu bangsa yang menjadi asas pembentukan masyarakat supaya bersatupadu. Pendek kata Tuan Yang Dipertua, kukuh perpaduan keluarga.. kukuhlah perpaduan bangsa, runtuh perpaduan keluarga.. runtuhlah perpaduan masyarakat dan bangsa.

Tuan Yang Dipertua,

Dato' Mohd Tahir Ramly, Konsultan Yayasan Dakwah telah menyatakan bahawa masyarakat runtuh disebabkan anggotanya mengamalkan sikap individualistik dan ianya tersebar ke seluruh dunia. Dalam keadaan ini, amat sukar untuk kita wujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu Tuan Yang Dipertua, ilmu keibubapaan memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dengan secukupnya. Fakta kes pertama yang menyokong hujah ini ialah pengetahuan ibubapa yang mendalam tentang didikan agama. Hal ini adalah kerana pendidikan agama adalah teras dalam pembentukan corak pergaulan anak-anak. Tambahan lagi dalam situasi kini Tuan Yang Dipertua, terdapat anasir-anasir luar yang dapat memecahbelahkan perpaduan masyarakat tetapi dengan adanya pengetahuan yang mendalam tentang selok belok perpaduan yang berasaskan didikan agama, ianya mampu untuk menangkis ancaman ini.

Tuan Yang Dipertua,

Fakta kes kedua yang menyokong hujah.....

***

Sampai di sini saja kisah deco. Patutnya aku upload gambar sebelum dan selepas deco, tapi aku ceritakan nota yang aku temui herherher.

Kontrak deco aku akan berakhir hujung mac ini yay!

2 Comment(s)

avatar

hoho kontrak akan disambung ke PLKN

avatar

hoho begitulah nampaknya