Friday, March 1, 2013

Why do we hate those who love us?

Dia memohon maaf dengan apa yang terjadi.

Mahal harga untuk satu keampunan.

***

Tadi semasa menolak troli, aku terfikirkan - mengenai sebatang kara dan kehidupan sunyinya. Kalau tidak kerana sensitiviti hak yang diperjuangkan, sudah tentu troli lebih laju mengambil apa saja dan kegembiraan untuk setiapnya pasti jelas.

Tapi, hambar itu terasa.

***

MPH. Quiet, English FE, Jebe The Super-Morpher, and Manzil Resam Uthmani.

Dan aku tukarkan semuanya dengan 2 voucher.

Berjam memilih buat aku lupa seketika. Dan mungkin aku perlu manfaatkan setiap satu untuk aku lupa dengan banyaknya. Dan apabila ia kembali, aku perlu habiskan apa ada lalu memasuki dunia - melupai selamanya.

***

Aku minta supaya didoakan setiap kali lepas solatnya.
Aku mengadu setiap kali dibebelkan.
Aku minta dibelanjakan.
Aku cerita semua kebencian, kesukaan.

Aku boleh terima semua.

Tapi tidak untuk satu hubungan.


"We accept the love we think we deserve", -Perks of Being Wallflower