Friday, April 5, 2013

Aku dan PLKN

Selesai menjawab Bahasa Melayu kertas 2, aku sudah tahu aku bukan dalam kelompok A1 lagi - aku tak yakin. Tambahan pula, aku memilih untuk menulis sesuatu yang bukan dari pengalaman. 

***

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukan Pembina Jati Diri Remaja atas rasional PLKN hanya faktor sisipan dalam pembentukan jati diri remaja. Premis ini disokong oleh hujah ketiga kami iaitu PLKN tidak sesuai untuk remaja berdasarkan 3 fakta kes.

Fakta kes pertama, tujuan sebenar PLKN dilancarkan adalah untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun hakikatnya ia menampakkan kelemahan iaitu berlakunya pergaulan bebas antara pelatih lelaki dan perempuan, pergaduhan, pakaian harian pelatih yang tidak senonoh, dan penggunaan telefon bimbit untuk mengadu dan menghasut pelatih lain, tambahan pula sikap jurulatih yang hanya memandang sebelah mata masalah ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan setiap pelatih dalam hampir semua aktiviti. Pergaulan antara pelatih yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya masalah sosial di dalam kem.

Tuan Yang Dipertua,

Fakta kes yang kedua, tentang pendedahan penggunaan senjata api kepada pelatih sememangnya tidak sesuai lantaran usia mereka yang masih boleh dianggap setahun jagung. Penggunaan senjata api hanya sesuai kepada orang dewasa yang sudah mempunyai akal fikiran yang matang. Perancangan pihak kerajaan yang ingin mendedahkan kemahiran penggunaan senjata api seolah menggalakkan golongan remaja melibatkan diri dalam peperangan dan ini secara tidak langsung mendorang remaja untuk melakukan jenayah.

Dan fakta kes yang ketiga Tuan Yang Dipertua, tempoh penyertaan PLKN selama 3 bulan menuntut remaja meninggalkan tanggungjawab semasa, sebelum menyertai PLKN. Tuan Yang Dipertua, suka untuk saya ingatkan bahawa tidak semua remaja yang terlibat dengan PLKN berasal dari kehidupan yang berada dan mewah. Ada segelintir remaja yang terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Jika remaja tersebut terlibat dengan PLKN maka ianya akan menjejaskan pendapatan keluarga. Jika tidak menghadirkan diri, maka tindakan mahkamah pula akan dikenakan. Hal ini terbukti apabila Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi telah menjadi remaja pertama yang dihukum atas kesalahan tidak menghadiri PLKN pada Julai 2004 lalu ekoran daripada kesempitan hidup yang memaksa dia bekerja untuk menyara keluarga.

Pihak Kerajaan : Izin laluan Yang Berhormat...

***

Untuk berhadapan peringkat separuh akhir, persiapan rapi dibuat. Kami berempat - Amalina, Amira, Azlan, dan Asyikin hari-hari akan disuap tentang masalah-masalah/keburukan-keburukan menyertai PLKN agar usul kami diterima "Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bukan Pembina Jati Diri Remaja".

Bahasa Melayu kertas 2 memang perlu aku risaukan kerana aku pilih "Kebaikan PLKN" daripada 5 tajuk lain yang diberi. Ironinya, seorang pembangkang yang mati-mati mahukan kemenangan di separuh akhir sedang menggangguk-angguk usaha murni kerajaan ketika menjawab kertas 2 bahasa melayu. Ha ha ha.

Well, kami layak ke pusingan akhir. Baca ini dan ini,

***

Pihak Kerajaan : Yang Berhormat, bagaimana dengan yakin YB simpulkan PLKN Bukan Pembina Jati Diri Remaja hanya dengan membaca artikel artikel kebencian dan permusuhan, yang umum tahu ianya sama sekali jauh dari fakta kebenaran.. atau YB dari meja pembangkang sendiri pernah menjalani PLKN? Tuan Yang Dipertua, saya amat berharap ketiga-tiga YB ini dari meja pembangkang terpilih untuk menjalani PLKN, lalu selepas 3 bulan kami di pihak kerajaan akan menyambut baik dengan usul baru mereka iaitu "Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Pembina Jati Diri Remaja".

***

Sumpahan kerajaan suatu ketika dulu nampaknya menjadi

Hoi tunggu aku balik, June nanti aku cerita PLKN ni pembina jati diri remaja atau idak. 
Bye!
read more

Tuesday, April 2, 2013

Keep your circle tight, your family close

Anti social. "Tipu lah".

I am not friendly. "Camni tak friendly?"

It's hard for me to make friends. " Aku tengok kau okay je".

***

Susah untuk kau percaya, namun percayalah cakap kakton hahahahaha.

Okay okay, serious. I am actually a somewhat shy person. Never like big gathering or function, meeting people, and paling tak best ice breaking. Pehal nak kena introduce introduce pulak. Aku selalu fikir, tak boleh ke biar takdir, kejadian atau peristiwa je yang pertemukan.

2. I am not open up to the idea of accepting others in to my circle easily. 

3. Having a few friends already enough for me.

Jadi betul lah apa yang orang nampak ianya hanyalah pada literal semata. The truth is, orang orang yang buat aku friendly-gila-rapat-macam-tak-boleh-dipisahkan itu adalah orang orang yang sama dan orang orang dari circle yang sama.

"People come into your life for a reason or as a lesson".
read more

..wa bil walidaini ihsana

Mak cakap kalau ikut umur nabi, tahun ni dah tiba masanya untuk dia pergi - pergi mengadap tuhan.

Ini membuatkan aku lebih sedih nak tinggalkan rumah.
read more