Wednesday, May 8, 2013

Ini Bukan Review,


Dulu, F akan mengadu kenapa aku dan dia perlu bertengkar atas berlainan pendapat. Dalam hati, aku senyum. Aku tidak pernah memberitahu bahawa aku kagum dengan setiap pendapatnya dan aku perlukan pergaduhan itu supaya aku sentiasa merasa kagum.

"Mereka jarang serasi, setiap masa sepertinya harus ada perbincangan. Menegakkan pendirian sendiri. Namun dalam diam, hati mereka tidak dapat menahan daripada merasa kagum dengan pendapat yang lain. Jadi mereka sentiasa mencari jalan untuk mereka bertengkar, sepertinya ia sesuatu perkara yang paling menarik dalam hubungan mereka itu mungkin", -Orang Hodoh Cantik.

Aku dan F pernah bertengkar kenapa bakal company perlu dinamakan Tisu Putih. Bukankah tisu itu umum sudah tahu warnanya putih, dan bukankah sifat tisu itu lembik dan mudah pula terkoyak? Aku soal demi untuk merasa kagum pada dirinya yang berpendirian dan punya pendapat sendiri.

Ianya tidak hanya pada Tisu Putih, kami bertengkar pada isu sebesar besar negara hinggalah sekecil kecil perkara sehingga ke seluar dalam. Semuanya cantik disulam fakta dan logik akal. Sampai satu masa....

"Ia merupakan sesuatu yang gila. Ia sesuatu yang tidak seimbang. Bila sesuatu pertengkaran menjadi luar kawalan, it gets ugly dan melukakan". -Orang Hodoh Cantik

Aku hidup dengan pesimis. Bertahun aku percaya bahawa aku takkan temui pengganti kalau aku masih kekalkan sikap tengkar ini. Dan bertahun juga aku tak temui bagaimana harmoni dan damai serta kesamaan boleh menguatkan ikatan.

Tapi, Orang Hodoh Cantik beri harapan baru bahawa aku perlu kekal aku dan kau ada di mana mana. Tiba masa, kita berjumpa. Walau bukan di sini, aku tidak terkilan dengan percaturan tuhan, dia lebih tahu di mana selayaknya kita dipertemukan.

Sincerely,
sebahagian dari gila engkau
read more