Sunday, August 31, 2014

Ogos

Aku telah merelakan sepenuhnya,
memberi pelepasan semutlaknya,
membiarkan seluruhnya menjadi satu daerah kosong.

Sedang..
tiap detik waktunya, hati ini terlintas
tiap detik waktunya, hati ini menyebut
tiap detik waktunya, hati ini mencari
dan tiap detik waktunya, hati ini tidak pernah berhenti  untuk memohon.

Kerana sejauh mana kita dijarakkan oleh kedukaan dan kekecewaan,
aku masih sedar akan ketidakmahuan dan ketidakperluan sedikitpun pada diri ini.
Sebaliknya pada setiap jatuh dan bangunnya,
akulah yang paling berkehendakkan,
akulah yang paling memerlukan.

Maka dengan itu,
walau bisikan menyata tentang ketidaklayakan aku diterima kembali,
aku masih mahu percaya tentang kasihMu yang tiada bandingnya,
aku masih mahu percaya tentang cintaMu yang tiada henti.

Untuk halaman baru yang bersisa ini,
aku mengharap Engkau masih sudi memandangku,
aku mengharap Engkau masih sudi memelukku,
aku mengharap Engkau sudi memimpinku,
seperti sebelumnya.

Kerana,
hati ini sudah lama merindui Kamu.

NM. Amalina
Ogos '14
read more